Monday, March 28, 2016
Hidup Guan Eng Dihambat 'Mimpi Ngeri' Skandal Tidak Kesudahan...
EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
Sudah bermacam-macam jenis 'kungfu' yang 'dikuntaukan' Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menepis skandal banglo mewahnya yang
dibeli dari seorang ahli perniagaan dengan harga yang murah.
'Khalifah Umar Abdul Aziz' itu seboleh-bolehnya mahu menutup mulut semua
pihak yang kecoh memperkatakan tentang skandalnya itu. Namun apakan
daya, 'rahsia' yang cuba ditutup rapat sejak kira-kira 4 tahun lalu
berjaya juga dihidu 'bangkai'nya.
Dia panggil media melawat banglonya. Tapi skandal itu tetap berjalan dan
persepsi buruk tetap memburunya. Guan Eng cuba pula beri alasan dia
bukan 'akauntan' dan tidak tahu harga pasaran banglo mewah itu. Riuh
rendah orang ramai mentertawakan alasan bodoh itu.
Dikatakan pula banglo mewahnya itu hanyalah banglo biasa yang tiada
kolam renang dan tidak mahal harganya. Lebih teruk dia diketawakan,
bagai peserta Maharaja Lawak Mega pula Guan Eng diperlakukan dari hari
ke hari.
Mungkin kini hidup Guan Eng sedang dibayangi 'mimpi ngeri'. Minta tolong
pada Lim Kit Siang, 'aura tua' bapanya itu juga tidak dapat
melindunginya dari skandal tersebut. Malah dia sebut nama Allahyarham
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun tiada siapa yang kasihan padanya.
Pada pandangan saya, masa depan Guan Eng sedang menuju kehancuran.
Bekas banduan yang diangkat menjadi Ketua Menteri jelas menunjukkan
segala yang dikatakan selama ini tentang ketelusan dan integriti
hanyalah 'sampah' belaka.
Saya enggan menuding jari kepada Guan Eng buat masa ini kerana dia
belum dibuktikan bersalah dalam skandal ini. Skandal banglo mewah Guan
Eng sedang disiasat SPRM dan biarlah pihak berkuasa itu menjalankan
tugas mereka.
Cuma, apa yang saya ingin tegaskan di sini bahawa skandal Guan Eng
ini adalah jauh lebih teruk dan 'bocor bolos' jika dibandingkan dengan
kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan
sengaja 'dianiaya' beli rumah tidak siap dulu.
Sekiranya Dr Khir dipenjara selama 1 tahun, setidak-tidaknya Guan Eng
perlu dipastikan merengkok di penjara lebih dari 3 tahun jika didapati
bersalah nanti. Semuanya terletak atas siasatan SPRM.
Kinilah masanya
SPRM dinilai 'kebersihan', 'ketelusan' dan 'tanggungjawab'nya.
Jika SPRM berjaya menyiasat skandal Guan Eng itu dan membuktikan wujud
unsur rasuah yang berjaya dilihat ramai pihak, maka benarlah mereka
'buat kerja'. Tapi kalau ia sering 'ditangguh' bertahun-tahun, dan
akhirnya 'tiada kesalahan' Guan Eng, maka tahulah kita siapa SPRM yang
sebenarnya...
Saya mendoakan agar SPRM bertugas dan menjalankan tanggunjawab dengan
baik. Kata pegawai kanan SPRM, agensi mereka 'ada Allah'. Jika benar
bagai dikata, maka buatlah kerja sebaik mungkin kerana kami rakyat
Malaysia dan Pulau Pinang pun 'ada Allah' juga!!!
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment