Monday, March 28, 2016

Bahayanya Orang Seperti Ini Menjadi Presiden US..... Trump Ancam Mahu Boikot Minyak Arab Saudi

Pendahulu calon Presiden dari Parti Republikan, Donald Trump berkata beliau akan mempertimbangkan supaya Amerika Syarikat (AS) menghentikan pembelian minyak daripada Arab Saudi melainkan negara itu menyediakan tentera untuk menentang kumpulan Islamic State (IS).

Trump membuat kenyataan tersebut kepada akhbar New York Times ketika ditemu ramah mengenai dasar luar AS sekiranya dipilih sebagai presiden.

“Jawapannya ialah kemungkinannya ya,” katanya.

Trump berkata, AS perlu mendapat pulangan daripada negara-negara yang dilindunginya termasuk melalui sumber asli seperti Arab Saudi yang merupakan pengeluar minyak utama dunia.

“Malah, tanpa kita, Arab Saudi tidak akan wujud lebih lama lagi. Kita tidak mendapat pulangan untuk perkhidmatan yang besar iaitu memberi perlindungan kepada pelbagai negara. Kini, Arab Saudi merupakan salah satu daripadanya,” jelas Trump.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan mengenai siapa yang memberi nasihat untuk menghentikan pembelian minyak itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment