Sunday, March 27, 2016
Guan Eng Tidak Bersalah ! Rupanya Malaysia Ada ‘Mahkamah’ Baru Untuk Jatuhkan Hukum?
Ramai yang tak sangka bahawa sistem kehakiman kita bukan sahaja di
mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan lain-lain, tetapi
ada satu lagi ‘mahkamah’ yang kita tidak tahu selama ini iaitu dalam
mesyuarat DAP.
Rupanya, dalam mesyuarat khas DAP Pulau Pinang semalam mereka telah
memutuskan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng didapati tidak bersalah dan
tiada kes bersangkutan.
Hanya dengan menggunakan sedikit kepakaran latar belakang sebagai
berkelulusan bidang undang-undang, beberapa pemimpin DAP telah
mengumumkan keputusan berkenaan.
Baru hari ini rakyat tahu bahawa di negara kita ada satu lagi ‘mahkamah’
yang wujud untuk menghakimi seseorang itu bersalah atau tidak.
Lazimnya, ‘mahkamah’ ini akan membuat keputusan bersalah kepada
ahli-ahli parti lawan khususnya Umno dan memutuskan tidak bersalah
kepada ahli-ahli parti DAP.
Penulis tidak tahu sama ada mahu memilih untuk ketawa atau memberi standing ovation diatas penemuan terbaru ini.
Bukan apa, ‘mahkamah’ ini memiliki kuasa yang cukup hebat mampu
meletakkan kesimpulan sebelum sebarang perbicaraan sebenar dilakukan.
Namun syaratnya anda haruslah menjadi penyokong atau pemimpin parti DAP
terlebih dahulu, barulah anda bakal menikmati kelebihan daripada
‘mahkamah’ ini.
Seandainya anda adalah penyokong dan pemimpin Umno, anda dinasihatkan
supaya jangan menghampiri ‘mahkamah’ ini kerana, daripada anda tiada
sebarang rekod jenayah ia boleh membuatkan keputusan bahawa anda telah
melakukan 19,991 kes jenayah berat serta merta.
Jadi, beruntunglah kepada Guan Eng kerana telah dihukum tidak bersalah
mulai semalam walaupun pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) baru mahu memanggil beliau minggu depan untuk
penyiasatan.
Jangan pula SPRM mengambil kira keputusan ‘mahkamah’ ini nanti, takut
nanti sekali lagi rakyat berasa terkejut dengan berita tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment