Monday, March 28, 2016
Kongres Rakyat : Tiada Isu Baru, Hanya Putar Cerita Basi
KUALA LUMPUR : Perhimpunan Kongres Rakyat semalam yang
turut disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan
bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada isu baru,
hanya medan untuk menyerang pemimpin kerajaan.
Malah perhimpunan yang hanya memberi manfaat kepada parti politik
pembangkang itu memutarkan kembali isu basi yang telah bebarapa kali
dijawab sebelum ini semata-mata untuk menghasut pemikiran rakyat.
Pergerakan Pemuda UMNO yakin, rakyat yang matang tidak akan mudah
menerima bulat-bulat dakwaan dan fitnah yang dilemparkan pada
ucapan-ucapan sepanjang perhimpunan itu yang kebanyakannya dibuat secara
membuta-tuli dan tanpa bukti kukuh.
Kita
juga kesal kerana Dr Mahathir dan Muhyiddin serta bekas Menteri Besar
Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup bersekongkol dengan pemimpin
pembangkang untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, Pergerakan Pemuda UMNO akan
berdiri teguh di belakang Najib dan akan membuktikan bahawa dakwaan dan
fitnah yang dilemparkan kepada beliau hanyalah taktik kotor pembangkang.
Sedangkan rakyat mengetahui bahawa pemimpin pembangkang juga berdepan
dengan pelbagai isu dan salah laku antaranya membabitkan pembelian rumah
banglo di bawah harga sebenar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng.
Malah PKR juga masih dengan matlamat mereka yang satu iaitu untuk
membebaskan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan atas
tuduhan melibat pembantu peribadinya, bukan untuk memperjuangkan nasib
rakyat.
Lebih menghairankan, perhimpunan tersebut tidak disertai oleh pemimpin
Pas yang sebenarnya sudah dapat melihat bahawa ia hanya agenda yang
hanya menguntungkan DAP!
Berdasarkan jumlah kehadiran semalam, Deklarasi Rakyat ini tidak akan
berjaya dan boleh diibaratkan sebagai ‘kahwin kontrak’ yang tiada hala
tuju tetapi hanya untuk memenuhi nafsu politik masing-masing sahaja.
Kesemua pemimpin yang berada di atas pentas kongres itu sama ada
pemimpin pembangkang atau bekas pemimpin kerajaan disatukan atas dasar
kebencian terhadap kepimpinan kerajaan semata-mata dan tamakkan kuasa
kerana masing-masing mempunyai ideologi yang berbeza.
Dalam ucapan-ucapan mereka juga, tidak ada perancangan khusus untuk
membawa negara ini ke arah yang lebih baik daripada kepimpinan sedia
ada, sebaliknya pesta ‘bogel-membogel’ keburukan yang hanya merosakkan
pemikiran rakyat.
Sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju meletak jawatan sebagai
Perdana Menteri, apakah pemimpin-pemimpin tersebut layak menduduki
kerusi Nombor Satu negara? Jawapannya sudah tentu tidak!
Ini kerana kebanyakan pemimpin di atas itu pernah terpalit dengan
skandal-skandal sebelum ini baik pembangkang atau kerajaan. Maka
pihak-pihak ini tiada kredibiliti untuk menyatakan bahawa mereka bersih
segala-galanya.
Pada Pergerakan Pemuda UMNO, perbuatan menghasut adalah sangat berbahaya
dan mengharapkan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuat
siasatan terhadap ucapan-ucapan sepanjang perhimpunan semalam.
Perdana Menteri dipilih melalui proses demokrasi, bukannya dengan cara
penggulingan kuasa. Tunggu Pilihan Raya Umum ke-14, gunakan kuasa
demokrasi untuk memilih pemimpin mengikut perlembagaan Persekutuan.
NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pergerakan Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment