Friday, March 25, 2016

Ali Tinju Desak Guan Eng Serah Diri Kepada SPRM

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/ali-tinju3.jpg
Presiden Gerakan Merah Malaysia (GMM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya menyerah diri kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan siasatan berhubung isu pembelian rumah banglo mewah dilakukan dengan kadar segera.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/lim-guan-engparlimen1.jpg
Ali Tinju berkata, pembelian rumah banglo mewah yang dibeli Guan Eng haruslah disiasat dengan segera bagi membolehkan pendakwaan dibuat terhadap Setiausaha Agung DAP itu.

"Saya menggesa Lim Guan Eng menyerah diri dengan segera untuk menjawab segala pertuduhan dan disiasat oleh pihak SPRM," kata Ali Tinju ketika membuat laporan di pejabat SPRM Pulau Pinang

Dalam masa sama, Ali Tinju menggesa Guan Eng untuk mengambil cuti dan berehat sepanjang siasatan dilakukan bagi membolehkan pihak SPRM melakukan siasatan dengan tulus tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, Ali Tinju turut berharap pihak SPRM dapat melakukan siasatan terhadap Guan eng dengan adil dan saksama.

"Saya menggesa Lim Guan Eng bercuti supaya siasatan dapat dijalankan oleh SPRM tanpa gangguan dari Ketua Menteri, dan siasatan lebih bebas dan tulus untuk menyiasat segala dokumentasi serta tata cara pembelian.

"SPRM menyiasat dengan tulus, adil dan saksama demi menjaga nama baik kerajaan negeri yang telah diberikan kepercayaa oleh rakyat," katanya.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan membeli rumah banglo mewah dengan harga RM2.8 juta jauh lebih murah dari harga pasaran daripada pemilik asal, yang dipercayai mempunyai hubungan 'perniagaan'.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment