Monday, March 28, 2016
Muhyiddin Akui Banyak Berdosa Kepada Pak Lah
"Saya menyesal. Ketika itu nampak yang indah saja," kata bekas Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kongres Rakyat 2016 yang
berlangsung di Shah Alam Conventation Centre (SACC) semalam.
Tak perlu lagi Muhyiddin nak menyesal dengan tindakan mendesak bekas Tun
Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri menggantikan
Datuk Seri Najib Razak... Benda pun dah lama terjadi.
Lagipun, Pak Lah pun tak mahu ingat kembali kisah hitam beliau menjadi
Perdana Menteri... Pak Lah pun dah maafkan pemimpin yang sanggup
menikamnya dari belakang.
Orang tahu, Muhyiddin dahulu beriye-iye mendesak Pak Lah berundur
disebabkan arahan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
yang telah menjanjikan 'sesuatu' kepadanya.
Bila dah dijanjikan 'sesuatu'... Sudah pasti laa masa tu nampak indah
saja... Tak nampak dah buruk ke comot ke bagai... Sebab tu kalau dapat
tawaran fikir sebaik-baiknya... Jangan nak nampak 'tawaran' tu je!!
Tengok sajalah sehingga hari ini... Muhyiddin masih setia bersama
Mahathir... Untuk apa Muhyiddin bersama Mahathir, kalau dah menyesal
dengan tindakan mendesak Pak Lah berundur?? Nampak sangat Muhyiddin
masih menunggu 'tawaran' yang dijanjikan Mahathir.
Kalau betul dah menyesal... Tinggalkan je Mahathir tu... Biar dia
meroyan sesorang dan menjadi 'keldai' pembangkang seorang diri... Fokus
kepada parti dan kukuhkan parti untuk terus menjadi parti peneraju
negara pada PRU akan datang.... Itu pun kalau Muhyiddin betul-betul
menyesal!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment