Monday, March 28, 2016
Guan Eng Lari Lagi... Enggan Bertemu Media
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi 'melarikan diri'
dan menimbulkan rasa berang wartawan yang menunggu untuk mendapatkan
penjelasannya berhubung pembelian sebuah rumah banglo mewah di Jalan
Pinhorn dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tanah Taman
Manggis.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu diasak wartawan ketika beliau cuba keluar dari Dewan Rakyat.
Beliau bagaimanapun berjalan laju menuju ke keretanya dan memberi alasan ada temujanji lain di luar.
"Saya ada temujanji, sila beri laluan kepada saya," katanya sambil menuju ke keretanya dan terus beredar dari Parlimen.
Selain isu banglo mewah dan Taman Manggis, wartawan juga ingin
mendapatkan maklum balas pemimpin itu mengenai ADUN Duyong dari DAP, Goh
Leong San yang diisytihar keluar parti dan diumumkan sebagai wakil
rakyat Bebas berkuat kuasa hari ini.
Ketua Menteri itu pada minggu lepas telah ingkar arahan Speaker Dewan agar tidak menganggu perbahasan sidang Parlimen.
Ahli Parlimen Bagai itu dilihat cuba menganggu Dewan selama satu jam
ketika perbahasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman
Dahlan, yang mahu mendedahkan tentang skandal Kerajaan Negeri P.Pinang
mengenai penyelewengan Taman Manggis.
Sejurus Guan Eng dihalau keluar dari Dewan, Rahman mendedahkan bahawa
perbuatan menganggu perbahasan itu sengaja dilakukan pemimpin DAP itu
agar boleh 'terlepas' daripada menjawab pendedahan mengenai Taman
Manggis.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment