Sunday, March 27, 2016
Saya Tidak Pernah Lihat Guan Eng Setakut Ini – Ramesh Rao
Sebagai bekas penyokong DAP, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial
Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata beliau tidak pernah melihat wajah
Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng begitu takut seperti yang
kelihatan sekarang.
Selepas pendedahan skandal beliau membeli banglo yang didedahkan minggu
lepas, nampak Ketua Menteri Pulau Pinang itu seperti hilang punca dan
kelam-kabut dalam menangani pendedahan ini yang disertakan dengan bukti
dan dokumen.
Tambahan lagi, menurut Ramesh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) juga sudah memulakan siasatan dan dikhabarkan pejabat Kerajaan
Negeri juga sudah didatangi pegawai SPRM untuk siasatan.
“Pada satu video Guan Eng memberikan taklimat kepada wartawan selepas
membawa mereka melihat-lihat rumah banglo itu, jelas beliau bercakap
tergagap-gagap dan nampak bimbang.
“Saya sudah lama mengenali parti DAP, dan saya tidak pernah melihat dia
begitu takut seperti sekarang ini,” katanya kepada pru14.tv melalui
pesanan Whatsapp hari ini.
Beliau berkata dengan kemungkinan Guan Eng akan ditahan SPRM dan
dipenjarakan jika didapati bersalah, itulah mungkin penyebab kenapa
beliau dilihat dalam keadaan begitu bimbang dan takut.
Guan Eng kini dalam siasatan SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di
Jalan Pinhorn di Georgetown dengan harga yang jauh lebih murah dari
harga pasaran dari pembeli asal. Sepatutnya, harga rumah itu ialah RM4.7
juta tetapi dibeli oleh Guan Eng hanya dengan harga RM2.8 juta.
Pemeriksaan lanjut menunjukkan pemilik rumah berkenaan Phang Li Koon ada
kaitan dengan urusan jual beli tanah di Taman Manggis yang melibatkan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Hari ini, Ramesh berkata ketakutan Guan Eng makin terserlah apabila DAP
Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar untuk memberikan penjelasan
dan panduan kepada pemimpin negeri bagaimana untuk bertindak balas
berkenaan kes itu.
Skandal pembelian rumah banglo Guan Eng ini timbul selepas didedahkan
oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tasek Gelugor Datuk Shabudin
Yahaya di dalam Dewan Rakyat dan ia memang mencetuskan kemarahan
pembangkang di dalam Parlimen.
Kemudian, ada lagi Ahli Parlimen BN membuat pendedahan terbaru berkenaan urusniaga jual beli tanah di Taman Manggis berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment