Monday, March 28, 2016

Anwar Sokong Ke Tidak Gerakan Mahathir Sebenarnya?

EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
mahathir-pembangkang
Perasan atau tidak, dalam himpunan selamatkan Malaysia yang dianjur Zaid Ibrahim dan Mahathir semalam, tidak kelihatan satu pun kelibat keluarga Anwar Ibrahim yang dianggap ramai sebagai mangsa sebenar kediktatoran Mahathir dahulu.

Mangsalah tu, sebab cakaplah apa nak cakap pun yang masuk penjara ‘kerana Mahathir’, dia, yang hilang jawatan ‘kerana Mahathir’, dia. Malah, ramai bersetuju dengan saya, porak perandanya karier politik Anwar ini pun adalah kerana Mahathir.

Banyak yang dicakap konon Anwar dan keluarganya menyokong deklarasi Rakyat yang menaungi kempen Selamatkan Malaysia ini (dengan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak) tapi sehingga sekarang tidak ada satu gambar pun dimana menunjukkan salah seorang dari mereka (keluarga Anwar) dilihat bersama Mahathir dalam gerakan tersebut.

Ini sudah tentu menggambarkan sesuatu.

Come on la, Mahathir kirim salam pada Anwar, boleh dianggap Anwar sokong Mahathir, Nurul Izzah tandatangan Deklarasi boleh dianggap dia sokong Mahathir tapi tak seorang dari ahli keluarganya yang kelihatan dalam mana-mana program Mahathir, tak boleh nak kata apa-apa?

Jadi persoalannya sekarang, Anwar sokong ke tidak kempen Mahathir nak jatuh Perdana Menteri secara tidak demokratik ni?  Anwar dalam penjara, dia mana boleh datang sebab itu kelibat salah seorang ahli keluarganya penting untuk beri mesej yang dia sokong gerakan ini.

Persoalan ini penting untuk dijawab sebab ia akan menentukan hala tuju penyokong pembangkang, terutama di kalangan orang Melayu yang sejak 1998 percaya Mahathir (hari ini dia sendiri mengaku) adalah seorang diktator. Puak ini nak Anwar jadi Perdana Menteri, bukan siapa calon yang difikirkan Mahathir.

Takut-takut kena kelentong dek Mahathir pasal nakkan sokongan saja nanti.

Cukup-cukuplah kena kelentong dengan Mahathir ni. Semalam pun kelentong dah bila kata masa dia jadi diktator dulu takde demonstrasi besar-besaran untuk jatuhkan dia. Nak kena kelentong sampai bila kita ni dek Mahathir?

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment