Monday, March 28, 2016

Banglo Diskaun: Boleh Pulak Hidup Dengan Statement Bodoh DAP Ya?

EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
.facebook_1459146564114
Semenjak kontroversi banglo diskaun Lim Guan Eng ini mula didedahkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahya, dah banyak kenyataan bodoh/bercanggah dikeluarkan pemimpin-pemimpin DAP termasuk Guan Eng sendiri.

Kejap kata tak tahu nilai rumah, kemudian kata tahu pulak.  Ada seorang tu pulak kata rumah itu feng shui tak baik lepas tu merata telefon wartawan kata kenyataan itu dah dipetik di luar konteks (walhal semua tahu dia memang cakap macam itu)!!

Awal pada itu konon rumah murah sebab takde kolam renang, satu malam saja kena troll lepas buat kenyataan tu, langsung tak sebut lagi dah. Paling kelakar, yang salahkan BN, dengan macam mana BN terlibat dalam urusan jual beli rumah tu?

Tapi yang menarik, boleh pulak penyokong pembangkang ni hidup dengan kenyataan kenyataan bodoh macam tu? Jangan kalau Menteri BN cakap dan kemudian di spin, yang spin tu nanti dijadikan sebab untuk maki menteri, kononnya tak cerdik, Cerdik tak cerdik, dia menteri lah jugak, yang kau apa?

Isu lain lah tu tapi sekarang dengan pelbagai kenyataan bercanggah dikeluarkan masing-masing orang DAP dalam satu isu ni saja, kenapa tak ada seorang pun balaci yang nak troll percanggahan ini semua?  Kutuklah, makilah, apa senyap?

Justeru saya nak sebutlah ni, semua troll dan maki hamun kenyataan Menteri sebelum ini, hanyalah mainan politik pembangkang (termasuk DAP)) saja, bukan betul betul Menteri yang kita ada sekarang ni bodoh pun.

Yang bodoh sebenarnya mereka, buktinya dalam satu isu ini saja pun, dah banyak kenyataan bodoh dikeluarkan dah.  Itu baru satu, ada banyak lagi lepas ni bakal terbongkar rasannya, tak tak tahu apa benda bodoh lagi nak keluar...

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh : 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment