Sunday, March 27, 2016
Politik Nyanyuk: Dah Kuli Pulak Yang Kena!!
Sejak dipecat kabinet dari jawatan itu minggu sudah, tidak ada apa logik
dibuat Mahathir melainkan merapu belaka. Setelah cuba meremehkan
institusi kehakiman di negara ini dengan saman takmasuk akal ke atas
Perdana Menteri kelmarin, Mahathir hari ini mendakwa Tengku Razaleigh
(Kuli) sebagai orang yang mencadang agar diadakan undi tidak percaya
terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dah berapa lama sejak rancangan itu (undi tak percaya) gagal, baru
sekarang nak sentuh nama Kuli? Sebab itu penulis kata kena pecat dari
Petronas ini ada beri kesan psikologi kepada Mahathir, dahlah dalam
keeadaan umur sekarang, sikit sikit hilang kewarasan itu dilihat sebagai
biasa.
Kejayaan Deklarasi Kelantan dokongan Kuli yang dikatakan punca Mahathir
mula menyerang Kuli itu hanyalah alasan. Nak tutup Deklarasi Rakyatnya
yang bukan saja gagal, malah takde momentum.
Lagipun apa nak hairan orang berubah pendirian, bukankah Mahathir suka
macam itu? Mahathir suka Muhyiddin dari sokong Najib kepada tidak
sokong Najib, tapi tak suka bila Kuli pilih untuk sokong Najib
berbanding dia? Kenyanyukkan apakah ini?
Rakyat dah bosan sebenarnya dengan permainan politik Mahathir
pembangkang ni. Dah tiba masa untuk move forward. Nak ikut cakap
Mahathir, apa dan bila yang semuanya jadi betul? Sampai anak dia dapat
jadi Perdana Menteri sajalah kot.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment