Friday, March 25, 2016
Hishamuddin Perli Tawaran Lumayan Muhyiddin
Seperti yang kita ketahui, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
dipecat dari Timbalan Perdana Menteri mendedahkan dirinya menerima
pelbagai tawaran lumayan sebaik dipecat, kononnya sebagai habuan untuk
beliau menutup mulut untuk terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Namun begitu, Muhyiddin yang kononnya merupakan pahlawan 'Jawa Totok'
mendakwa dirinya tidak termakan dengan tawaran yang ditawarkan, kerana
dirinya tidak mudah dibeli dengan sesuatu jawatan.
Memang hebat betul laa pahlawan 'Jawa Totok' ni... Tak sanggup nak
terima jawatan yang ditawarkan gara-gara mahu mencapai impiannya menjadi
Perdana Menteri seperti yang ditawarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Tawaran yang dilemparkan Mahathir mahu pula Muhyiddin terima... Tawaran
yang dikhabarkan diberikan oleh Najib ini tidak pula Muhyiddin terima
dengan seadanya.
Elok laa Muhyiddin terus makan dedak yang diberikan Mahathir tu... Orang
tawarkan jawatan sebab fikirkan kehidupannya yang tidak lagi memegang
jawatan Timbalan Perdana Menteri.... Dituduh pula tawaran tersebut
sebagai habuan nak diamkan beliau yang lantang menyerang Najib.
Dengan pendedahan Muhyiddin mengenai jawatan ditawarkan bagi meraih
simpati, telah diperli oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin
Hussein.
Hishammuddin dengan sinisnya mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin kerana
mendapat dua tawaran jawatan dalam satu masa, selepas dipecat dari
Timbalan Perdana Menteri.
Dalam masa sama, Hishammuddin turut mengucapkan takziah kepada Muhyiddin
kerana menolak kedua-dua jawatan tanpa berfikir panjang mengenai karier
hidupnya.
"Tawaran saya ucapkan tahniah, penolakan saya ucapkan takziah," kata Hishammuddin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment