Monday, March 28, 2016
Lim Guan Eng Sewajarnya Segera Meletak Jawatan !!!
Jika sebelum ini mereka sering memperjuangkan anti korupsi seolah-olah
tiada selain mereka yang paling suci bersih dari sebarang salah laku,
hari ini semuanya telah memadamkan segala ‘lagak kesucian’ yang
digebangkan selama ini.
Mereka yang dimaksudkan adalah pemimpin DAP dan yang telah
mencemarkannya juga adalah Setiausaha Agungnya sendiri iaitu Lim Guan
Eng.
Tidak perlu dicerita panjang lebar lagi mengenai skandal banglo Guan Eng
yang hampir pasti mampu mengheret Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan
ke pintu penjara (jika dibandingkan dengan kes bekas Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo).
Tengok sajalah cara Guan Eng berhadapan dengan isu ini, ternyata cukup
gelabah dan seperti ‘cacing kepanasan’ sedang menafikan sesuatu. Ramai
yang menjangka bahawa kes berkenaan tidak akan memberi ‘nyawa’ lagi
untuk dirinya.
Atas skandal yang begitu berat ini, dan ditambah pula sebagai pembayar
cukai, kita menggesa agar Guan Eng meletakkan jawatannya dalam
kerajaan supaya serta merta kerana imejnya sudah terlalu rosak dengan
isu yang menimpa dirinya ini.
Jangan hanya pandai meminta pemimpin kerajaan Barisan Nasional sahaja
meletakkan jawatan walaupun terbukti tidak bersalah, Guan Eng harus
bertanggungjawab kerana dia bukan sahaja sudah ‘kantoi’ dipercayai
rasuah, malah turut dikatakan berbohong (seperti pendedahan Datuk Rahman
Dahlan dalam Dewan Rakyat).
Sebagai seorang ahli politik yang dikatakan telah berbohong, amat tidak
layak untuk terus berada di kerusi nombor satu kerajaan negeri kerana ia
melibatkan kepentingan rakyat.
Kesimpulannya jelas dan mudah, Guan Eng harus meletakkan jawatannya dalam Kerajaan Pulau Pinang!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment