Monday, March 28, 2016
Presiden GKCM Bangga Apabila Dipecat Dari UMNO
Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (KGCM), Kamarul Azman Habibur
Rahman dilihat sedikit pun tidak terkesan malah tidak menghiraukan
nasibnya yang dipecat sebagai ahli UMNO. Khabar berita dirinya dipecat
tersebar dikalangan ahli UMNO, secara rasminya Kamarul dipecat sejak
hari Jumaat yang lalu.
Ketua UMNO Cawangan Telok Kemang, Negeri Sembilan itu dilihat seperti
merasa bangga apabila dirinya dipecat. Langsung tidak menyesal, malah
berasa megah dengan keputusan yang dia dibuang daripada parti Melayu
UMNO.
Menurut Kamarul, dia hanya menerima surat yang memaklumkan mengenai
pemecatannya daripada ‘orang yang paling berkuasa’ dalam UMNO, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Saya menerima surat daripada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat lalu memaklumkan penyingkiran saya.
“Biar saya beritahu anda Ku Nan, saya tidak mempunyai rasa hormat
terhadap anda. Anda tidak mempunyai hak untuk menyingkir saya kerana
anda tidak mempunyai integriti,” katanya.
Dengan nada yang agak tidak berpuas hati, Kamarul ketika berucap pada
Kongres Rakyat di Shah Alam, semalam mendakwa bahawa kononnya kesemua
ahli UMNO sebenarnya telah meluat dan menyampah dengan kebodohan
pemimpin-pemimpin parti itu. Siapa agaknya ‘bodoh’ yang dimaksudkan
Kamarul tu??
Mungkin juga dia lupa tindakannya itu bakal mempengaruhi kerjayanya
sebagai seorang guru. Sudah la bekerja sebagai kakitangan kerajaan,
berperangai biadap pulak tu.. Haishhhhhhh, tak tahu bersyukur langsung!
Bukan itu sahaja, Kamarul juga menjelaskan bahawa dia tidak hairan
sekiranya dia bakal kehilangan kedudukan sebagai seorang guru...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment