Seperti Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz menghentam Najib seperti mereka menyerang pembangkang. Tiada sedikit pun rasa kesal atau bersalah pada riak wajah mereka.
Muhyiddin mahu Najib meletak jawatan seperti Pak Lah. Tersenyum ketika menyuarakan kehendaknya itu, dia kononnya hanya mahu Najib jatuh dan digantikan dengan orang lain. Macamlah orang tak tahu tradisinya, jika Najib meletak jawatan maka Timbalan Presiden UMNO akan ambil alih jawatan Perdana Menteri.
Patutnya, Muhyiddin bercakap terus terang di majlis itu. Katakan pada hadirin bahawa dia mahu menjadi Perdana Menteri selama sepenggal selepas Najib letak jawatan, sebelum jawatan itu diserahkan kepada Mukhriz. Bukankah mudah begitu?
Selalunya, mereka yang tiada kepentingan akan keluar dari parti bila menyedari diri mereka hilang kepercayaan pada Presiden. Sebagai contoh, Mat Sabu dan konco-konconya. Mereka tidak yakin lagi pada Dato' Seri Abdul Hadi dan mereka keluar parti, lalu menubuhkan parti sendiri.
Kenapa Muhyiddin dan Mukhriz tidak meletak jawatan? Mengapa mereka tidak berterus terang bahawa ia adalah merupakan strategi mereka untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Sekiranya Muhyiddin naik menjadi Perdana Menteri, dia akan melantik Mukhriz sebagai senator dan kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan tempat Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Maka sempatlah dia 'merasa' jadi Perdana Menteri sekejap.
Mengapa Mahathir keluar parti? Itu adalah demi menunjukkan kesungguhannya mahu menggulingkan Najib, tapi bukan untuk dirinya. Dia mahu jatuhkan Najib demi masa depan anaknya Mukhriz.
Selepas Muhyiddin naik jadi Perdana Menteri, maka Mukhriz akan jadi Timbalan Perdana Menteri. Maka selepas itu Mukhriz akan jadi Perdana Menteri ekoran umur Muhyiddin yang sudah hampir 80 tahun, atau akan digulingkan jika enggan memberi laluan kepada Mukhriz.
Banyak 'rahsia' Muhyiddin yang Mahathir tahu sama ada di Johor mahupun semasa menjadi menteri kabinet. Jika enggan dengar kata, maka nasib Muhyiddin mungkin bakal menjadi seperti Pak Lah dan Najib.
Mungkin benar, Mahathir tidak akan tutup mata dengan tenang selagi anaknya tidak menjadi Perdana Menteri. Mungkin kerana itulah Mahathir tetap berusaha menggulingkan Najib dan sanggup berdiri lebih satu jam untuk tujuan itu. Semuanya dilakukan demi Mukhriz.
Namun, apakah Mahathir jamin Mukhriz boleh jadi Perdana Menteri yang baik? Mahathir sudah banyak kali tersalah pilih, apakah Mukhriz pilihan yang tepat? Ketika menjadi Timbalan Menteri dulu, ramai yang merungut Mukhriz tidak tahu buat kerja dan tidak membantu.
Ketika menjadi Menteri Besar Kedah atas ehsan Najib sebelum ini, dia hanya popular berselfie sedangkan hampir tiada satu mercu tanda pun dari hasil tangannya. Jika ada sekalipun, itu semua datang dari Kerajaan Pusat dan bukan dari Mukhriz sendiri.
Mahathir mungkin sedar dan tahu bahawa Mukhriz juga seorang yang gagal dalam politik. Sama ada di peringkat UMNO Bahagian mahupun di Pusat, Mukhriz hanya gah pada hujung namanya 'Mahathir' sahaja. Jika 'Mahathir' tiada nanti, tiada siapa mahu pandang...
No comments:
Post a Comment