Monday, March 28, 2016

Tolonglah Jangan Fitnah Kerajaan, Ku Nan Rayu Peniaga Pasar Malam

http://www.theheatmalaysia.com/Documents/Article/513751/ku%20nan.jpg
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan peniaga pasar malam sekitar Kuala Lumpur supaya tidak menyebarkan fitnah terhadap kerajaan.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno itu merayu peniaga agar memainkan peranan dengan baik selaku “perantara” kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan rakyat.

“Tuan puan bertemu dengan rakyat setiap hari dan saya rayu tolonglah bila bertemu dengan rakyat cakap benda yang baik.

“Kadangkala bila kita sakit hati dan ada perkara yang tidak menyenangkan hati, kita menjadi penghantar atau pun penyebar tentang apa yang kita tak puas hati.

“Sedangkan apa yang disebarkan itu tidak seperti mana yang kerajaan lakukan,” kata Tengku Adnan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran transformasi pasar malam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Rumah Pangsa Awam PKNS, Jalan Kuching.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment