Monday, March 28, 2016
Khianati UMNO Atas Nama Selamatkan Malaysia
Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin kini dibawah telunjuk puak pembangkang
apabila hadir menyertai Kongres Rakyat yang dianjurkan Zahid Ibrahim dan
dibelakangi oleh parti pembangkang.
Walaupun mereka ini sering melaungkan bahawa mereka masih berdarah UMNO
tetapi tindak dan tanduk mereka tidak menghormati perjuangan UMNO yang
sebenarnya, mereka lebih kepada perjuangan peribadi dan darah mereka
bukanlah setulin mana tetapi darah mereka adalah darah bercampor-campor.
Mereka sepatutnya malu untuk mendakwa bahawa mereka adalah pejuang tulin
UMNO bila sanggup menghina Presiden yang menaungi parti UMNO itu
sendiri dihadapan pemimpin pembangkang yang kita jelas mereka ini tidak
pernah senang dengan UMNO sejak sekian lama.
Mereka juga patut malu apabila menyertai kumpulan ‘Selamatkan Malaysia’
yang mendakwa hanya mahu menggantikan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana
Menteri dan mendakwa bahawa Najib akan diganti dengan Perdana Menteri
yang tetapi tetap dari UMNO.
Sedangkan mereka sendiri gagal menamakan siapakah pengganti tersebut,
mungkin Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin masing masing malu buat masa ini
untuk mengaku bahawa orang yang sedang dibela untuk menjadi pengganti
Najib adalah Mukhriz sendiri kerana ianya adalah agenda Mahathir dan
tindakan mereka yang berlatarkan ‘Selamatkan Malaysia’ agar tindakkan
mereka untuk menipu rakyat tidak dapat dikesan.
Tetapi perlu dimaklumkan bahwa rakyat kini bukan sebodoh lembu yang
dicucuk hidung, rakyat kini bijak untuk menilai apa tindak tanduk dan
gerakan mereka, tujuan mereka juga telah dapat dirasakan bukan sahaja
Ahli UMNO tetapi rakyat kebanyakkan turut jelas tujuan mereka.
Berpakaian UMNO didalam majlis yang dihadiri oleh pemimpin pembangkang
dengan selogan ‘Selamatkan Malaysia’ kemudiannya menghina pemimpin UMNO
adakah ianya mencerminkan kejujuran seorang pejuang berdarah UMNO.
Ketahuilah semakin banyak Muhyiddin dan Mukhriz bertindak membelakangi
UMNO maka hakikatnya mereka berdua sudah semakin hilang sokongan dan
hormat dari akar umbi UMNO sendiri, Mahathir sendiri hanya akan menjadi
tugu peringatan sebagai sebuah legasi yang gagal.
Tanpa mereka sedari mereka telah memberi nyawa dan menghidupkan semula
musuh mereka yang telah mati dan yang hampir mati serta sudah berada
dipenghujung jalan, kehadiran mereka didalam kongres tersebut benar
benar telah memberi nafas baru kepada musuh UMNO, adakah ini boleh
dipanggil pejuang atau pengkhianat kepada UMNO.
Hanya masa yang akan menentukan darah mereka benar-benar darah UMNO atau
darah celup yang mendapat untung dari UMNO, mengkhianati UMNO atas nama
perjuangan Selamatkan Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment