Monday, March 28, 2016

Banglo Mewah : DAP Salahkan Media

Beginilah sikap pemimpin-pemimpin DAP... Asyik nak menyalahkan orang saja... Tak pernah nak mengaku yang diri dah buat salah... Ego tinggi betul pemimpin parti Cina kiasu ni.

Guan Eng sebelum ini pernah ditanya oleh para media, adakah Guan Eng tahu rumah yang dibeli itu sebenarnya bernilai RM6.5 juta dan Guan Eng sendiri mengaku bahawa dirinya tidak tahu.

Lepas tu, tambah Guan Eng lagi... Beliau tak tahu harga sebenar rumah banglo yang dibeli kerana beliau merupakan seorang Ketua Menteri, dan bukannya seorang ejen hartanah.

Bila Guan Eng dah cakap macam tu... Pengamal media pun menyiarkan artikel seperti yang dikatakan Guan Eng tanpa 'spin' walaupun sedikit.... Tapi pemimpin DAP menuduh pengamal media sengaja menyiarkan artikel yang mengelirukan rakyat.

"Saya mahu membetulkan fakta yang telah menyebabkan Ketua Menteri menjadi lebih popular daripada Perdana Menteri. Ramai orang mendakwa Guan Eng tidak tahu nilai sebenar banglo yang dibelinya.

"Sebenarnya pemberita itu bertanya pada Guan Eng, samada beliau tahu rumah itu bernilai RM6.5 juta dan Guan Eng jawab tidak. Beliau hanya menjawab tidak pada nilai RM6.5juta itu, bukan nilai banglo itu.

"Walaupun isi kandungan majalah itu betul, tajuknya mengelirukan dan jelas bermotif politik dengan tujuan untuk memberi gambaran yang salah mengenai Guan Eng," kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment