Monday, March 28, 2016
Tragedi “Baling Telur” Amaran Buat Pemimpin Dap Jangan Angkuh
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris
berkata, ‘tragedi’ baling telur kepada pemimpin Dap termasuk Lim Kit
Siang pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut baru-baru ini adalah satu
amaran keras ahli mereka agar kepimpinan parti itu jangan bersikap
terlalu angkuh.
Jelasnya, ini adalah satu pengajaran khususnya kepada Kit Siang
sendiri yang terlalu yakin bahawa ahli mereka akan sentiasa bersama
walau apapun yang terjadi.
“Kejadian
ini jelas membuktikan bahawa kehadiran mereka ke Jerantut ditolak oleh
ahli sendiri. Pemimpin Dap bukan sahaja di baling telur tetapi papan
tanda pusat khidmat Dap parlimen Jerantut turut diturunkan.
“Inilah tanda protes ahli Dap yang mula bosan dan muak dengan sikap
dan penipuan kepimpinan Dap. Masyarakat Jerantut khususnya yang bangsa
Cina semakin dapat menilai bahawa kepimpinan Dap hanya indah khabar dari
rupa dan tindakan mereka seringkali tidak serupa bikin,” ujarnya kepada
media.
Selain itu, Nazlan turut menegaskan bahawa kejadian tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan ahli UMNO.
“UMNO sama sekali tidak terlibat dengan perkara ini malah saya sendiri berada di parlimen ketika kejadian tersebut.
“Jadi jangan ada pihak yang cuba untuk mengaitkan UMNO dengan
kejadian ini. Saya difahamkan bahawa ini adalah kerja ahli mereka
sendiri,” terang Nazlan.
Mengikut laporan mstar Pengerusi Dap Pahang Leong Ngah Ngah dibaling dengan telur ketika berlangsung forum politik di Jerantut.
Leong yang berada bersama penasihat parti Lim Kit Siang tiba-tiba
diserang oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadapnya ketika
ceramah kedua di sebuah kedai kopi.
Kekecohan tercetus dan Leong berkali-kali menjerit sebelum dibaling telur serta dipukul di dada pada kejadian pagi Isnin.
Mereka turut menunjukkan rasa tidak puas hati dengan meruntuhkan papan tanda pusat perkhidmatan Dap Jerantut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment