Monday, March 28, 2016
Jikalau Dia Bohong Pun Masih Ada Yang Percaya?
EDITOR MENULIS...
28 MAC 2016
Sebelum ini, ramai yang tidak percaya tentang
latar belakang bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu
Hassan yang diisyhtihar muflis oleh mahkamah. Kononnya dia adalah
antara ‘mangsa’ atas ‘kekejaman’ Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun
Razak.
Khairuddin pernah didedahkan bersekutu rapat dengan pemilik portal
Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown, yang cuba menimbulkan persepsi
negatif terhadap Najib melalui siri-siri fitnah di laman portalnya.
Ramai yang tidak percaya dan tetap percaya pada Khairuddin dan Claire.
Bila didedahkan mereka berdua turut bersekongkol dengan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, makin ramailah yang tidak percaya
dengan dakwaan yang melibatkan ‘negarawan’ itu. Padahal, memang benarpun
fakta tersebut.
Pada mereka yang rajin membaca, meneliti dan mengkaji tindak-tanduk
Khairuddin, maka mereka pastinya akan tahu siapa sebenarnya suami kepada
pelakon terkenal, Umi Aida itu.
Siapa sangka? Namun bila terdesak,
macam-macam boleh berlaku…
Sebenarnya, Khairuddin adalah antara individu penting yang terlibat
dalam menerbitkan buku kontroversi yang menjatuhkan bekas Timbalan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, ’50 Dalil
Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri’.
Dialah juga yang dikatakan bertanggungjawab menguruskan saksi-saksi
penting di mahkamah ketika ‘Kerajaan Mahathir’ mendakwa Anwar di atas
jenayah liwat dan salah laku pada lewat tahun 1998-1999 dulu. Itu dua
perkara yang baru didedahkan ahli PKR seumur hidup yang digantung parti,
Badrul Hisyam Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Malah kata Chegu Bard, gara-gara diisytiharkan muflis, Khairuddin
cuba menggunakan jawatan ‘Naib Ketua UMNO Bahagian’ untuk mendapatkan
bantuan ‘memulihkan diri’ dari status muflis berkenaan. Namun dikatakan
Najib enggan melayan kehendaknya. Kerana itulah dia ‘lari’ mendapatkan
Mahathir…
Paling memalukan, Chegu Bard mendedahkan penipuan terkini Khairuddin
yang kononnya keluarga Anwar ‘memaafkan’ Mahathir atas apa yang
dilakukan terhadap Ketua Umum PKR yang sedang merengkok dalam perjara
itu.
Katanya, isteri dan anak sulung Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail dan Nurul Izzah tidak sesekali akan menjejakkan kaki ke mana-mana
program yang dihadiri Mahathir, menjelaskan isyarat yang mereka juga
tidak akan memaafkan bekas Perdana Menteri itu.
Perkara berkenaan
dibuktikan ketika berlangsung majlis ‘Deklarasi Mahathir-Kit Siang’
tempohari.
Justeru itu, saya masih hairan lagi tentang segelintir rakyat
Malaysia yang begitu mudah terpengaruh dan percaya pada kata-kata
Khairuddin. Sedangkan kita semua jelas tentang dirinya yang sebenar,
tapi masih lagi membiarkan diri terpedaya?
Mungkin itulah yang disabdakan Rasulullah SAW di akhir zaman ini di
mana umatnya akan mudah percaya pada fitnah dan tohmahan, sebaliknya
tergamak berbangga diri menolak kebenaran yang diberikan. Dunia sudah
terbalik?
Mujurlah hanya segelitir saja yang percaya pada fitnah-fitnah mereka
itu, manakala majoriti lagi rakyat Malaysia terutama umat Islam masih
lagi berpegang pada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan Islam
yang disampaikan Rasulullah SAW. Semoga Allah selamatkan negara dari
tukang fitnah dan pembohong-pembohong itu…
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment