Sunday, March 27, 2016
PAN Dengki Sungguh Dengan PAS..... PAS Gagal Manfaat Peluang Krisis Di Terengganu
SHAH ALAM : Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan PAS gagal memainkan
peranannya sebagai parti pembangkang di Terengganu apabila Presidennya
enggan membentuk satu kerajaan baru berikutan krisis kepimpinan yang
melanda Umno-Barisan Nasional (BN) negeri itu.
Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membidas Datuk
Seri Abdul Hadi Awang, yang mengatakan bahawa parti itu tidak mahu
mengambil kesempatan terhadap situasi yang melanda kerajaan negeri
berkenaan.
"Saya rasa bukan isu nak ambil kesempatan, ini isu tugas dan peranan
kita sebagai pembangkang kalau kita betul-betul berpenanan sebagai
pembangkang kita nak mengubah apa yang berlaku di Terengganu.
"Kalau ada peluang untuk mengubah peralihan kuasa kepada kita, ini kesempatan yang perlu direbut.
"Bukan kita (pembangkang) yang cari, ia terjadi disebabkan keadaan
semasa (di Terengganu), jadi kalau orang Umno tidak berpuas hati dengan
kepimpinan mereka, mesti banyak benda yang tidak kena," jelas Raja
Kamarul kepada Antarapos.
Krisis Terengganu bermula apabila ADUN Kijal Datuk Ahmad Said
mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu,
Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 8 Mac lalu.
Namun usul dibawa bekas Menteri Besar itu ditolak Speaker DUN
Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kerana tidak mengikut peraturan
mesyuarat.
Malah menurut Raja Kamarul lagi, PAS sepatutnya membukti bahawa parti
Islam itu masih relevan dalam kalangan rakyat yang masih menyokong
mereka.
"Memang (PAS) tidak menjadi pembangkang yang berkesan, tidak munasabah.
Pasal itu rakyat (Terengganu) keliru, termasuk ahli PAS. Ramai yang
bertanya saya apa yang berlaku sekarang.
"Kita diberi peluang untuk menukar kerajaan, orang Umno yang nak tukar, kita pula tidak mahu," katanya lagi.
Beliau turut memberi contoh bahawa PAS tidak bijak mempergunakan peluang
yang sudah ada di depan mata, sebaliknya mensia-siakannya.
"Kita bermain bola sepak, ada peraturan sendiri, pengadil sudah bagi
penalti, sampai masa kita tidak hendak penalti, nak jaringkan gol macam
biasa.
"Jadi inilah dah bagi peluang untuk jaringkan gol, kita tak mahu
rembat," kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu sambil ketawa sinis.
Untuk rekod, BN memiliki 17 kerusi DUN, sementara PAS 14 kerusi dan PKR hanya satu kerusi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment