Monday, March 28, 2016
Dah Pulak... Alasan Feng Shui Punca Jual Banglo Murah
Mari…mari…mari dengar lawak terbaru untuk coverline pasal banglo Lim Guan Eng.
Dalam usaha menyelamatkan anak bos besarnya, ahli parlimen DAP Seputeh,
Teresa Kok menyalahkan faktor ‘feng shui tidak baik’ punca ahli
perniagaan wanita, Phang Li Koon banglo tersebut pada harga RM2.8 juta
berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Teresa dalam ucapan pada perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah
Alam Ahad turut mendakwa bahawa ahli perniagaan wanita itu menjual di
bawah harga pasaran kerana beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
adalah rakan baik.
“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.
“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di
negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi
satu masalah.
“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau
Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang
mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,”
katanya mendakwa bahawa episod pendedahan Ahli Parlimen Tasek Gelugor,
Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat mengenai skandal itu sengaja
diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.
Masalahnya, beliau terlupa pula untuk memberitahu rakyat bahawa jika
‘feng shui tidak baik’ seperti didakwa sekarang tentunya Phang Li Koon
tidak akan membeli banglo itu.
Atau mungkin Phang Li Koon berbeza dari masyarakat Cina lain yang tidak
menggunakan khidmat pakar ‘feng shui’ sewaktu berbelanja jutaan ringgit
untuk membeli rumah itu.
Atau mungkin juga, Phang Li Koon sebelum ini telah ditipu peramal ‘feng shui’ dengan mengatakan banglo itu 8,8,8.
Lalu timbul pula persoalan apakah mungkin tanah Projek Perumahan Rakyat
Termiskin di Taman Manggis pun ‘feng shui tidak baik’ sehingga memaksa
kerajaan DAP Pulau Pinang menjual dan menukar statusnya.
Katanya tanah itu kecil untuk buat rumah pangsa PPRT 17 tingkat tetapi
peliknya cukup pula untuk syarikat itu nak bina hospital sewats 30
tingkat dan hotel.
“I don't understand LGE's logic. He said land is too small for a 17
floors low-cost PPR but enough for a 30 floors hospital + hotel?’,kata
Pengarah Strategik BN,Datuk Rahman Dahlan menerusi tweet beliau.
Atau apakah mungkin, demi untuk mengubah status ‘feng shui tidak baik’
itu maka tanah PPRT Taman Manggis itu terpaksa dijual kerajaan DAP Pulau
Pinang kepada syarikat yang didakwa nak buat pula untung atas angin.
Beli tanah RM11 juta dari kerajaan negeri dan didakwa nak jual kepada pihak ketiga RM20 juta.
Dah tu ada orang dalam syarikat berkenaan didakwa ada kaitan dengan Phang Li Khoon.
Sebelum ini Ahli Parlimen DAP Tanjong ,Ng Wei Aik buat ‘ buat lawak’
kata Guan Eng sebagai seorang akauntan mana tahu nilai rumah yang hendak
dibelinya.
Apakah dia lupa portfolio urusan tanah di negeri itu adalah dibawah Guan Eng.
Maaf cakap la, mudah sungguh ahli-ahli parlimen DAP beri alasan untuk
menghalalkan isu belian banglo itu yang didakwa bawah harga pasaran.
Selepas ini apa agaknya lawak terbaru.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment