Monday, March 28, 2016
Tengku Razaleigh Jawab Tuduhan Dr Mahathir…
Tengku Razaleigh Hamzah yang tandatangan Deklarasi Kelantan sokong
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lalu telah menafikan
dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak konsisten dalam
pendiriannya.
Bekas Perdana Menteri itu Sabtu lalu dakwa bekas Menteri Kewangan itu
sudah pusing dari pendirian asal asalnya mahu Najib letak jawatan.
Dalam satu kenyataan Isnin,beliau berkata,” Saya yakin tiada siapa yang
dapat menuduh saya tidak konsisten berkenaan pendirian saya terhadap
tatacara pemerintahan negara, tanggungjawab awam dan perlunya perubahan.
“Inilah intipati perjuangan saya di peringkat kebangsaan serta dalam
UMNO sejak tahun 1987. Saya konsisten dalam perkara ini selama ini dan
saya akan terus konsisten di hari muka.”
Apapun beliau menegaskan apa jua perubahan yang hendaklah dibuat mesti
dilakukan dalam konteks undang-undang,perlembagaan persekutuan dan
parti.
Ada pemerhati yang menilai kata-kata mengambarkan beliau tidak setuju
cara Dr Mahathir membuat Deklarasi Rakyat dan bergabung tenaga dengan
puak pembangkang untuk jatuhkan Perdana Menteri.
Malah ketika wartawan minta beliau ulas pasal Deklarasi Rakyat beliau
ringkas kata," "Saya tidak pergi, saya tidak menyokong dan saya tidak
tahu mengenai perkara itu."
Untuk rekod,Tengku Razaleigh pernah sebelum ini dipetik media sebagai
berkata tidak menjadi kesalahan dalam amalan demokrasi Ahli Parlimen
mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat ‘ jika mereka ada angka
yang diperlukan.’
Namun usaha pembangkang misalnya untuk buat undi tidak percaya dengan tidak menyokong Bajet 2016 gagal.
Malah tiada Ahli Parlimen BN yang sertai pembangkang dalam usaha itu.
Maksudnya usaha politik cara ikut lunas perlembagaan dan undang-undang sudah gagal.
Sebaliknya Dr Mahathir sudah dakwa Tengku Razaleigh khianati beliau dan
tidak konsisten setelah mencadangkan perkara itu,kini pula sudah sokong
Najib.
Ahli Parlimen Gua Musang itu Khamis lalu bersama para pemimpin UMNO
Kelantan tandatangani Deklarasi Kelantan dalam pertemuan dengan Perdana
menteri di bangunan Parlimen.
Kata Tengku Razaleigh dalam kenyataan itu, “Seperti juga orang lain yang
inginkan perubahan, saya juga sentiasa mencari jalan munasabah dan sah
dari segi undang-undang untuk maksud ini, termasuklah meneliti peranan
yang boleh dimainkan oleh Dewan Rakyat.
“Bagi maksud ini dan sebagai pengamal politik, saya bertindak
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan kehendak parti. Yang demikian
isu menyokong kerajaan yang memerintah dan sekaligus memberi sokongan
kepada ketua kerajaan tidak timbul”.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment