Monday, March 28, 2016

Guan Eng Mengaku Tahu Harga Sebenar Rumah??

http://www.suara.tv/wp-content/uploads/2016/03/Guan-Eng.jpg
"Satu lagi pembohongan BN adalah kenyataan saya bahawa saya tidak tahu nilai rumah saya, walaupun saya menandatangani Perjanjian Jual Beli dan membayar duti setem," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kuat wayang betul laa Setiausaha Agung DAP seorang ni... Dia sendiri yang mengaku tak tahu mengenai harga sebenar rumah yang dibelinya di Jalan Pinhorn... Pastu nak tuduh kata Barisan Nasional (BN) putar belit kenyataannya.

Kalau betul laa Guan Eng tahu mengenai harga sebenar rumah terbabit, mengaku sajalah... Dah laa tak mau mengaku, pastu boleh duk putar belit sana sini... Yang paling 'win' Guan Eng punya putar belit, rumah dibeli dengan harga murah sebab takda kolam.

Cuba anda semua bayangkan, disebabkan rumah takda kolam tuan tanah jual rumah tersebut dengan murah kepada Guan Eng... Anda rasa masuk akal ke alasan bodoh tu?? Sapa laa yang nak percaya dengan alasan tu... Budak sekolah pun tahu alasan tu tak leh pakai.

Terang-terang rumah kos rendah takda kolam, tapi Guan Eng masih jual dengan harga tinggi kepada rakyat Pulau Pinang... Apa alasan Guan Eng untuk harga rumah kos rendah ini??

Ohh lupa... Guan Eng pernah jawab dia mana tahu mengenai harga-harga rumah atau tanah di Pulau Pinang... Beliau cuma seorang Ketua Menteri bukannya seorang ejen hartanah.... Patutlaa dia dapat rumah harga murah, dia kasi rakyat Pulau Pinang rumah harga mampu tengok!!!

"Saya menjawab dengan jujur. Saya tidak tahu sama ada rumah saya bernilai RM6.5 juta kerana saya adalah seorang Ketua Menteri dan bukan ejen hartanah," katanya.

Rasanya elok saja lah Guan Eng letak jawatan... Jadi Ketua Menteri apa kalau harga tanah di negeri bawah pentadbiran sendiri pun tak tau.... Macam mana nak bantu rakyat marhaen kalau gini??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment