Monday, March 28, 2016

Mahathir Tuduh Najib Buat Haji Guna Duit Haram

http://durianasean.com/wp-content/uploads/2015/09/najib-mahathir3.jpg
Dasar mulut longkang!! Slumber je Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kata yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pergi mengerjakan haji guna duit haram! Lepas tu Mahathir sifatkan haji yang dikerjakan oleh Najib adalah haram dan tidak sah. 

Eiiiiiiii… Dasar orang tua tak sedar diri! Suka-suka hati dia ja jatuh hukum macam tu, mana dia tahu Najib guna duit haram?? Bukan Najib sahaja yang dituduh Mahathir menggunakan duit haram untuk menunaikan haji, malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga turut menerima tempias.

Semuanya gara-gara Khairy dan Ketua Pemuda Umno bahagian seluruh negara yang turut menerima tajaan sejumlah RM1.4 juta untuk mengerjakan ibadah umrah. Maknanya, Mahathir tuduh umrah yang dikerjakan mereka semua tu haram hanya disebab mereka menerima tajaan. Kira macam Mahathir tuduh Najib guna wang dana RM2.6 bilion untuk kegunaan semua tu la?

“Dapat duit derma baguslah (RM2.6 bilion), tapi biar kita dapat secara halal. Tapi (tak boleh), kalau kita dapat duit tu dengan cara kita mencuri dan kita guna duit tu buat kerja haji. Ramai juga yang buat duit tu pergi buat haji kan?. Dua ratus orang Khairy (taja) pergi buat kerja haji.

“Duit banyak ni datang daripada mana? Buat kerja haji ni mesti dengan duit yang halal dengan duit yang kita kumpul, hasil perniagaan. Duit itulah yang kita guna untuk buat kerja haji. Saya khuatir kalau duit itu tak halal, umrah itu halalkah? Jadi perkara seperti ini yang berlaku dalam negara kita tak pernah berlaku dulu, tapi sekarang ini berlaku,”katanya.

Entah dari mana Mahathir dapat idea ini untuk meracun pemikiran rakyat bagi menampakkan Najib sebagai seorang yang teruk. Kalau iye pun terdesak sangat nak cari jalan mudah untuk menggulingkan perdana menteri, setidaknya cari la idea yang bijak sikit. Ini pakai main rasa-rasa ja, budak tadika kemas pun boleh rasa!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment