Monday, April 04, 2016

Antara Bantah GST & Berebut Tudung Ber’GST’

dataran_bangi
Hairan kenapa polis tidak ramai dalam demonstrasi bantah GST yang berlangsung Sabtu lepas. Inilah kali pertama kita lihat ambulan lagi menonjol dari kereta polis, rupanya difahamkan polis sibuk mengawal rusuhan yang berlaku di Bangi kerana berebutkan tudung berGST.

Dahsyat tak dahsyat orang Malaysia sekarang, di satu pihak dakwa hari ini lebih ramai hidup melarat berbanding dulu sebab ada GST tapi dalam masa yang sama, nak beli tudung berGST pun sampai kena panggil polis untuk kawal keadaan.

Zaman Mahathir yang kononnya hidup rakyat gemilang terbilang, hari-hari makan KFC itu pun polis tak dipanggil untuk kawal keadaan -di kedai tudung saja pun.

Inilah dia realiti sebenar hidup di Malaysia yang hakikat sebenarnya selalu digambar sebaliknya oleh pembangkang. Kalau dah beli tudung pun berebut, mana datang sengsaranya? Tak sebut lagi wayang, asal keluar filem baru (kecuali Kapsul), sana juta sini juta, juta juta saja, tak banyak yang bawak dari itu.

Kepala baru yang juarai bantah GST hari inipun, Mahathir Mohamad, hidupnya dikelilingi dengan harta benda yang berGST.  Nombor plat kereta memang lama, MM berdigit tunggal tapi kereta yang guna nombor plat itu, semuanya keluaran terbaru yang dikenakan GST.

Malah, Perdana Menteri kawalan jauh Mahathir pun (sebelum anak ambil alih), sudah disah akan teruskan dasar GST sekalipun kadarnya diturun kepada 1%, kenalah jugak.  Yang demo hari tu bukan bantah berapa peratus tapi perlaksanaan GST tu sendiri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment