[“If the elections (are held) in an orderly manner, without fuss, without playing with the ballot box and so on, I think BN will lose,” said Dr Mahathir in an interview with Malay-language paper Berita Minggu, a sister newspaper of The Straits Times, at his office in Kuala Lumpur.]
Monday, April 04, 2016
Pilihan Raya Umum Boleh Ditipu – Tun Mahathir “Yang Nyanyuk”
Kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa Barisan
Nasional berkemungkinan besar akan kalah dalam pilihan raya umum ke-14
jika ia dijalankan mengikut peraturan menimbulkan tanda tanya sama ada
beliau menjalankan penipuan semasa menang pilihan raya 1999 yang
diketahui beliau kehilangan sokongan hampir 70% pengundi Melayu.
“Saya fikir BN akan kalah jika pilihan raya (diadakan) dengan cara
yang teratur, tanpa kekecohan, tanpa manipulasi peti undi dan
sebagainya,” kata Mahathir kepada Barita Minggu Singapura
Apakah maksud Mahathir Pilihan raya umum di negara ini boleh ditipu
ini berdasarkan pengalaman beliau? Apakah beliau pernah menjalankan
penipuan untuk memenangi pilihan raya?
Seperti kita tahu bahawa pilihan raya negara ini hampir mustahil
ditipu dan pernah dipantau oleh pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO)
dalam dan luar negara. Paling buruk pun pernah dilaporkan oleh NGO-NGO
ini ialah ketidakadilan dalam liputan media dan pemecahan kawasan
Parlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempunyai trek rekod yang cemerlang dan diiktiraf antarabangsa.
Masalah dengan masyarakat Malaysia hari ini ialah kita mempunyai
bekas Perdana Menteri yang “hampir nyanyuk” dan ia disokong oleh
pentaksub, kroni dan media yang mengejar populariti tanpa memikirkan
kesan kenyataan beliau kepada negara dan institusi yang menjadi tunjang
kepada negara ini.
Mahathir akan berbuat apa sahaja untuk menjaga kepentingan beliau
termasuklah jika perlu beliau menghancurkan UMNO, Barisan Nasional dan
Negara ini.
Kita doakan Mahathir dan keluarga beliau terus panjang umur agar
mereka turut sama menerima kesan kemusnahan negara ini suatu masa nanti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment