Monday, April 04, 2016
Pembayaran di Jakel Adalah Untuk Sumbangan Kebajikan
Pembayaran bernilai berpuluh juta ringgit di
Jakel antara tahun 2011-2014 oleh Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak
adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan kepada pelbagai pihak dari
Pertubuhan Bukan Kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian hari raya anak
yatim dan sayap-sayap politik.
Menurut sumber, Perdana Menteri akan meminta Jakel membekalkan
pakaian, selimut dan lain-lain barangan untuk mangsa bencana alam dan
membayar kepada syarikat terbabit. Selain itu, acara-acara membeli
pakaian untuk anak yatim sempena hari raya yang dibiayai oleh Perdana
Menteri juga dilakukan di gedung membeli belah Jakel.
Malah difahamkan sumbangan permaidani Masjid oleh Perdana Menteri juga dibayar kepada Jakel trading sebagai pembekal.
Malaysiakini dan beberapa media antarabangsa cuba menonjolkan isteri
Perdana Menteri membeli belah dengan begitu boros di Jakel sehingga
Perdana Menteri Najib Razak terpaksa membayar lebih AS$14 juta kepada
Jakel antara tahun 2011-2014.
Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk
kegunaan sendiri. Jika benar ia pembelian peribadi, berdasarkan harga
pakaian Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat
Malaysia, Najib Razak mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan ke
semua pakaian tersebut.
Jakel bukanlah gedung membeli belah pakaian mewah seperti di United
Kingdom dan Amerika Syarikat yang memungkinkan hanya beberapa ratus
helai pakaian sudah mencecah puluhan juta ringgit.
Sebaliknya kita tahu saban tahun Perdana Menteri, UMNO dan
sayap-sayap UMNO, NGO yang mengadakan acara membeli pakaian hari raya
untuk anak-anak yatim di Jakel menggunakan sumbangan Perdana Menteri
Mohd Najib Tun Razak.
Mohd Najib juga sering mengumumkan bantuan dan sumbangan dalam bentuk
pakaian dan selimut kepada mangsa bencana alam seperti banjir. Ini
semua akan dibayar oleh Mohd Najib kepada pembekal yang antaranya ialah
Jakel Trading.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment