Monday, April 04, 2016
‘Campur Urusan Proton Terlalu Banyak’
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan campur tangan yang terlalu
banyak oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai
antara faktor menyebabkan syarikat pengeluar kereta nasional itu tidak
mampu berkembang dengan baik.
Oleh itu tegas beliau, melalui tindakan Dr. Mahathir meletakkan
jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings Bhd. diharapkan dapat
memastikan syarikat berkenaan berkembang dan mencatat keuntungan.
“Saya difahamkan segala perancangan termasuk dari segi pentadbiran,
malah perubahan kecil pun Proton perlu mendapat kelulusan (Dr.
Mahathir), campur tangan ini menyebabkan banyak perancangan tergendala.
“Difahamkan perundingan dengan pihak luar bagi membolehkan Proton
mendapat rakan kongsi sekaligus meluaskan lagi pasarannya tidak dapat
diteruskan kerana campur tangan beliau,” katanya dalam sidang akhbar
selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkarak di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengetua SMK Mengkarak, Rahmah Said.
Menurut Ismail Sabri, sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta utama
negara yang perlu bersaing di pelbagai peringkat, Proton perlu lebih
profesional dalam pengurusannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment