Monday, April 04, 2016

Bini Guan Eng Jadi 'Lawyer' Urusan Jual Beli Banglo Mewah

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/betty-chew-macc-lim-guan-eng.jpg
Bila seseorang rakyat atau sesiapa saja mahu membeli rumah yang dikehendaki, pembeli tersebut perlulah mengupah seorang peguam sebagai orang tengah untuk memproses urusan jual beli rumah berkenaan.... Ini merupakan syarat utama yang telah lama ditetapkan jika mahu membeli sesebuah rumah.

Tidak kiralah rumah terbabit dibeli secara murah atau sebaliknya... Pembeli tersebut 'wajib' menggunakan khidmat peguam bagi melancarkan proses urusan jual beli sesebuah rumah itu, bagi mengelak kes penipuan dalam pembelian rumah terbabit dan sebagainya.

'Peguam' yang dipilih atau dilantik oleh pembeli akan menjadi penasihat ataupun orang tengah.... Peguam yang mengurus urusan jual beli ini, selalunya mengetahui harga pasaran bagi mengelakkan pembeli membeli dengan harga tinggi dan penjual menjual dengan harga yang murah.

Bagi isu pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng... Orang ramai khususnya rakyat Pulau Pinang tertanya siapakah 'peguam' yang dilantik bagi menguruskan urusan jual beli rumah berkenaan.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Pemuda MCA Pulau Pinang, 'peguam' yang dilantik untuk menguruskan urusan jual beli rumah banglo ini adalah isteri Guan Eng, Betty Chew yang merupakan seorang peguam.

Menurut Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Ooi Teik Liang, tindakan Guan Eng memilih isterinya sebagai 'peguam' untuk menguruskan urusan jual beli banglo mewah di Jalan Pinhorn amat mengecewakan, kerana ia tidak selari dengan integriti dan ketelusan yang diperjuangkan DAP selama ini.
http://www.laksou.com/wp-content/uploads/ooi-teik-liang03.jpg
"Kita yakin jika perkara ini dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN), pembangkang akan mengaitkannya dengan soal integriti dan hari ini kita menuntut penjelasan serupa daripada mereka," kata Teik Liang.

Tindakan Guan Eng memilih isterinya sebagai 'peguam' untuk menguruskan urusan jual beli banglo mewah itu memang amat mengecewakan... Walaupun pembelian rumah banglo terbabit masih dalam siasatan pihak SPRM bagi mengetahui ada unsur-unsur rasuah ataupun tidak, tindakan Guan Eng memilih isterinya sebagai peguam jelas cuba melancarkan pembelian yang penuh keraguan ini.

Sekiranya, Guan Eng melantik 'peguam' lain, sudah pasti proses tersebut akan tersekat di tengah jalan, kerana ia melibatkan kredibiliti Guan Eng selaku Ketua Menteri yang membeli rumah banglo dengan harga yang cukup murah dari harga pasaran... Jadi, bagi melancarkan proses berkenaan, Guan Eng telah memilih firma guaman isterinya untuk menguruskan pembelian terbabit...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment