Monday, April 04, 2016

DAP Dan PKR Sanggup Korban 13 Kerusi Untuk PAN Di PRN Sarawak??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9qUTX2GhYoUgFF2FgvKVxvU7RMJVR6tY4Ahw5n7DVUIFS1xuKqQO70gdpZ1Eoc_hqjp-n_xzQfeQYVG8ahz5OLahTa4LQ2N1bWdi5o3e8i2jKUlr_gHHQRtKM4GAgwljMpAfXUhYhke4/s1600/Salahuddin+Ayub+AMANAH+PRN+Sarawak.png
"Berdasarkan mesyuarat nasional sebentar tadi, Amanah telah memutuskan untuk bertanding dalam 13 kerusi. Kita juga telah arahkan untuk bersiap sedia dan calon juga sudah dikenal pasti," kata Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub.

Semasa Parti Amanah Negara (PAN) mengumumkan akan bertanding dalam 13 kerusi di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kita tertanya-tanya adakah itu keputusan yang telah dibuat oleh mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH), atau keputusan syok sendiri oleh parti Mohamad Sabu.

Seperti sedia maklum, DAP dan PKR yang merupakan parti 'abang long' dalam PH pun masih berebut-rebut dalam agihan kerusi untuk bertanding di dalam PRN Sarawak... Malahan, agihan untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru dengan Pas pun masih dalam rundingan... Tiba-tiba PAN dengan senang hati telah mengumumkan mereka akan bertanding 13 kerusi dalam PRN Sarawak.

Bila PAN dah mengumumkan mereka bakal bertanding 13 kerusi di dalam PRN Sarawak, kita tertanya adakah keputusan PAN itu direstui rakan sekutunya, dan adakah DAP dan PKR sanggup mengorbankan 13 kerusi tersebut kepada parti yang baru setahun jagung yang belum mengenal erti dunia sebenar?

Sudah pasti DAP dan PKR tidak akan merestui PAN untuk bertanding 13 kerusi di dalam PRN Sarawak... PKR dan DAP pun tahu PAN tidak mempunyai sokongan kuat, dan sudah pasti  satu kerugian jika memberi peluang kepada PAN untuk bertanding di 13 kerusi tersebut... Daripada DAP dan PKR memberi kerusi sebanyak itu, lebih baik mereka saja yang bertanding kerusi 'impian' parti Mat Sabu tu.

Lagipun, daripada DAP dan PKR  memberi kerusi sebanyak itu kepada PAN, lebih baik kerusi terbabit diserahkan kepada PAS yang sudah jelas mempunyai sokongan yang kuat, walaupun parti Islam itu sering dihina dan diburukkan oleh DAP sehingga tertubuhnya parti Mat Sabu.

Semasa PAN mengumumkan bakal bertanding 13 kerusi dalam PRN Sarawak, adakah PAN tahu jumlah itu bukan satu jumlah yang kecil?? 13 kerusi itu merupakan satu jumlah yang besar dan boleh mempengaruhi sesebuah parti atau pakatan itu, untuk menguasai kerajaan negeri.

Simpan sajalah angan-angan PAN untuk bertanding dalam 13 kerusi di dalam PRN Sarawak... Sememangnya PAN tidak layak untuk bertanding kerusi sebanyak itu... PAN hanya layak untuk bertanding satu atau dua kerusi terlebih dahulu.. Itu pun kalau layak lah... Hahaha

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment