
Monday, April 04, 2016
Wan Azizah Telah Kecewakan Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan Deklarasi
Mahahtir-Kit Siang untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak tidak mendapat sokongan ketua pembangkang Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail apabila Wan Azizah tidak menyertai deklarasi itu
bersama pemimpin pembangkang yang lain.
Deklarasi tersebut juga tidak mendapat sokongan daripada anak perempuan
Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Pantai
Dalam... Perkara ini dipercayai kerana, keturunan Anwar masih lagi
menyimpan dendam terhadap Mahathir yang melakukan kezaliman dan
kekejaman terhadap Anwar.
Walaupun Mahathir berjaya 'menjinakkan' Veteran DAP, Lim Kit Siang dan
beberapa pemimpin pembangkang yang menjadi musuh utamanya ketika menjadi
Perdana Menteri untuk bersama dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang, namun
Mahathir gagal 'menjinakkan' pemimpin legasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Oleh disebabkan Wan Azizah tawar hati untuk bersama Mahathir dalam
Deklarasi Mahathir-Kit Siang ekoran dendam yang terpendam, Mahathir
telah menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Wan Azizah bagi memohon
maaf dan memberi penjelasan mengenai deklarasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Mahathir ada memaklumkan pertemuan dengan Wan Azizah bagi
membincangkan tentang cara untuk menyingkirkan Najib yang kononnya telah
menyebabkan ekonomi negara merudum.
Wan Azizah yang dimaklumkan mengenai hasrat bekas perdana menteri 22
tahun itu bagaimanapun, telah menjawab dan berkata buat masa ini beliau
tidak mahu berjumpa dengan Mahathir.
"Buat masa ini tak perlu," kata Wan Azizah ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Jawapan ringkas dan padu daripada Wan Azizah ini pasti membuatkan
Mahathir kecewa... Ini kerana, Mahathir sebelum ini amat berharap dapat
bertemu dengan Wan Azizah bagi menjayakan usahanya menjatuhkan Najib.
Mahathir tak perlulah beriya-iya nak jumpa dengan keturunan Anwar..
Mereka memang tidak akan berjumpa dengan Mahathir... Apatah lagi bagi
membincangkan isu-isu yang hanya menguntungkan legasi 'Mahathir'.
Mahathir perlu ingat apa yang pernah dilakukan terhadap Anwar pada tahun
1998... Peristiwa itu amat sukar bagi keluarga Anwar memaafkan
Mahathir, walaupun ia telah lama berlalu.... Peristiwa tersebut masih
terpahat di hati mereka dan sukar untuk dilupakan begitu saja,
sepertimana pemimpin pembangkang yang lain melupakan kezaliman Mahathir...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment