Monday, April 04, 2016

Mahathir Sanggup Gadai Maruah Bangsa Demi Kepentingan Sendiri

"Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Datuk Seri Nazir Razak sendiri mengaku, beliau diberi AS$7 juta oleh Najib untuk diagihkan kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13.

"Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu yang sanggup menerima pemimpin yang dihina oleh dunia," kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih... Itu lah pepatah yang sesuai ditujukan kepada Mahathir yang kononnya kecewa dengan rakyat yang setia menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir tak perlu dengki dengan pentadbiran Najib yang disenangi oleh rakyat, walaupun Najib selalu diserang dari pelbagai arah sehingga menyebabkan pentadbiran negara terbantut.. Walaupun serangan berlaku ke atas Perdana Menteri, Najib tidak cepat mengalah dan berjaya mengembalikan pentadbiran negara dengan berjaya menaikkan semula kadar mata wang negara.

Mahathir mungkin lupa bahawa dirinya ketika menjadi perdana menteri selama 22 tahun pernah dihina oleh dunia... Mahathir dihina kerana sanggup menzalimi Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga memasukkan Anwar ke dalam penjara... Bukan itu saja, Mahathir dihina kerana sanggup membelasah Anwar didalam penjara sehingga menyebabkan mata Anwar lebam.

Selain itu, Mahathir juga pernah dihina kerana sanggup membunuh nyawa insan yang tidak berdosa di dalam tragedi memali.... Mahathir ketika itu telah menyalahgunakan kuasanya dengan menjadikan anggota polis sebagai anjing suruhannya... Adakah Mahathir lupa mengenai peristiwa-peristiwa ini??

Oleh demikian, usahlah Mahathir begitu lantang mengutuk pemimpin lain sedangkan apa yang dikutuk Mahathir pernah dilakukan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri... Mahathir berehatlah dari dunia politik ini... Rakyat sudah 'muak' dengan drama-drama yang ditonjolkan Mahathir.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment