Monday, April 04, 2016

Mahathir Sedang Diserang Penyakit 'Alzheimer'??

EDITOR MENULIS...
4 APRIL 2016
http://media.worldbulletin.net/news/2015/09/02/mahathir.jpg
Saya tidak pasti sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangka seluruh rakyat Malaysia menghidap menyakit 'mudah lupa' atau turut dikenali sebagai penyakit 'alzheimer'. Atau sebenarnya beliau sendiri yang menghidap penyakit tersebut.

Baru-baru ini ketika berucap di Kongres Mahathir - Kit Siang di Shah Alam, penyakit tersebut seolah-olah kembali menyerang bekas Perdana Menteri itu. Mahathir mendakwa, ketika dia menjadi diktator ketika memerintah negara dulu.., kononnya tiada sesiapa pun yang berdemonstrasi dan memintanya meletak jawatan.

"I also was a dictator before. But that is all right, people did not demonstrate against me before." Itu yang dikatakan Mahathir dalam bahasa Melayu sebelum diterjemah ke bahasa Inggeris oleh akhbar Malay Mail.

Saya tidak pasti apa reaksi Kit Siang atau mana-mana ahli politik yang mendengar kenyataan Mahathir tersebut. Apakah mereka 'tutup telinga' atau berpura-pura tidak faham kenyataan Mahathir, tapi yang jelas mereka bertepuk tangan dan bersorak.

Namun begitu, saya yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak 'buta', tidak 'pekak' dan tidak 'tuli' untuk mengimbas kembali apa sebenarnya yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir dulu. Kita bukan seperti Syed Saddiq yang masih 'mentah' untuk menilai kebenaran.

Sejujurnya, saya rasa mual ketika membaca kenyataan Mahathir itu. Mahathir telah meletakkan maruah dirinya di tahap paling rendah yang boleh dipijak-pijak oleh majoriti yang hadir di majlis kongres tertutup berkenaan!

Ia adalah kerana majoriti yang berada di dalam dewan di tempat Mahathir berucap itulah yang turun ke jalanraya sekitar tahun 1998 - 1999 dahulu, berdemonstrasi mengutuk beliau dengan pelbagai caci maki dan hinaan. Mereka itulah juga yang mendesak Mahathir meletak jawatan. Lupakah Mahathir?

Apakah Mahathir sudah lupa berapa 'water cannon' yang beliau kerah untuk memaksa demonstran-demonstran yang menentangnya itu untuk bersurai? Apakah beliau lupa berapa ribu anggota keselamatan yang beliau kerah untuk berdepan demonstrasi jalanan tersebut?

Seingat sayalah yang tidak mengidap penyakit 'alzheimer', Mahathir ketika itu adalah Perdana Menteri dan demonstrasi jalanan itu ditujukan padanya. Dia juga bukan pertama kali didesak meletak jawatan ketika itu. Dah banyak kali dahhh...

Demonstrasi itu juga bukannya melibatkan sekitar 1,000 hingga 2,000 orang seperti di kongres Mahathir-Kit Siang. Ia melibatkan ratusan ribu penyokong Anwar dari seluruh negara. Ia bukan berlangsung sehari dua sahaja, malah ia berlaku secara konsisten berbulan-bulan!

Antara cara 'diktator' itu menghadapi demonstrasi tersebut adalah dengan menangkap dan menyumbat penyokong Anwar ke penjara. Tidak hanya ISA digunakan, malah akta-akta lain turut diguna pakai untuk 'menutup mulut' mereka dari terus mendesaknya meletak jawatan. Apakah Mahathir sudah lupa?

Bezanya, Dato' Seri Najib Tun Razak belum lagi menggunakan 'ilmu' yang diperturunkan Mahathir itu padanya. Beliau belum tangkap Muhyiddin, Mukhriz atau penyokongnya secara membuta tuli 'ala diktator'.

Hanya Matthias dan Khairuddin saja yang ditahan sekejap untuk siasatan kes. Itupun mereka didakwa dan dibicarakan secara adil di mahkamah, kemudiannya atas tuduhan cuba sabotaj ekonomi negara apabila pergi ke luar negara membuat laporan tidak betul tentang Perdana Menteri dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tiada pun berpuluh-puluh orang Muhyiddin atau Mukhriz yang ditahan Unit Cawangan Khas dan 'didera' seperti yang Mahathir lakukan pada Azmin Ali, Ezam Mohd Noor dan ramai lagi pemimpin 'Keadilan' ketika itu. Itu membuktikan Najib tidak zalim seperti Mahathir.

Saya khuatir, sekiranya ahli keluarga Mahathir dan sahabat-sahabat karibnya tidak menyedari tentang 'penyakit' bekas Perdana Menteri itu. Cadangan saya, bawalah beliau bertemu doktor pakar dan periksa keadaannya. Takut ada yang 'putus' di mana-mana...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment