Monday, April 04, 2016

Cerita Fiksyen Australia Yang Dianggap Fakta Oleh Malaysiakini

EDITOR MENULIS...
4 APRIL 2016
https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/5e/ABC_Building_South_Bank.jpg
Boleh dikatakan hampir seharian portal pro-pembangkang, Malaysiakini.com menyiarkan laporan tentang sebuah rakaman 'dokumentari' yang dihasilkan oleh sebuah media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC), semalam.

ABC menyiarkan video bertajuk "State of Fear: Murder and Money in Malaysia" (SFMMM), yang berdurasi hampir 45 minit di laman web media 'kembar' Sarawak Report itu. Bagi mereka yang malas menonton, malas berfikir dan lebih suka membaca 'terjemahan', maka mereka akan memilih untuk membaca laporan Malaysiakini.

Malangnya, saya yakin bahawa golongan 'pemalas' itu sudah tentu akan mudah percaya dan terpengaruh dengan propaganda portal berkenaan membuta tuli. Mungkin kerana itu juga ramai yang obses dan sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang untuk jatuhkan Perdana Menteri.

Saya telah menonton video tersebut dari mula hingga ke akhir. Bermula dengan babak pertama tentang kes pembunuhan Kevin Morais, ABC telah memilih untuk mewawancara adik Kevin, Charles Morais.

Soalnya, mengapa ditanya Charles sahaja? Sedangkan mendiang Kevin mempunyai ramai lagi adik beradik yang lain. Mengapa ditanya pada lelaki itu, sedangkan dia memiliki banyak hutang dan sanggup berkata apa saja untuk mendapatkan 'laba'?

Jadi, dari awal lagi kita sudah dihidangkan dengan 'investigative reporting' yang berat sebelah. ABC boleh bertanya ramai lagi responden. ABC juga perlu tahu bahawa Kevin sememangnya dari awal langsung tidak terlibat dengan siasatan kes membabitkan Dato' Seri Najib Tun Razak. Mengapa fakta itu 'sengaja' ditinggalkan ABC agaknya?

Dari 'hujah' pertama ABC itu saja saya sudah menjangkakan apa babak-babak seterusnya yang akan diputar alamkan oleh media kembar Sarawak Report itu. Apatah lagi media itu bersumberkan kenyataan dari Claire Rewcastle Brown, Mahathir yang juga mengambil maklumat dari Claire, dan seorang opportunis seperti Zaid Ibrahim yang terkenal dengan 'kuda'? Selayaknya video itu dibakul sampahkan...

Bagi saya yang menonton video penuh ABC itu, saya terus terbayang filem-filem cereka dan fiksyen arahan pengarah terkenal, Steven Spielberg. Ia seolah-olah berlaku, namun sebenarnya hanyalah satu olahan skrip dan cerita rekaan semata-mata untuk hiburan. Ia seperti filem E.T, Indiana Jones, Jurassic Park dan Minority Report!

Filem cereka terbitan ABC itu mampu 'dijual' ekoran ia membabitkan dakwaan kontroversi membabitkan seorang pemimpin tertinggi negara. Ia seumpama David Teo membuat filem cereka fiksyen mengenai Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.

Sebagai contoh, David Teo mampu membuat filem bertema 'dokumentari' yang menceritakan Turnbull kononnya membunuh 4 wanita simpanannya, memiliki akaun-akaun rahsia yang menyimpan hasil rasuah bernilai AUS$9 trilion dan kini bertukar selera menggemari aktiviti liwat dengan seorang pemuda kacak.

David juga mampu mereka-reka cerita dengan menemubual 'pelakon-pelakon' yang diupah dan mahu Turnbull jatuh untuk menyokong 'dokumentari'nya itu dengan membekalkan fakta palsu, buku akaun dan penyata kewangan palsu dan sebagainya. Maka terhasillah filem cereka pendek untuk tontonan umum rakyat Australia.

Soalnya, apa kreadibiliti cereka fiksyen seperti itu selain dari hiburan berpaksikan khayalan semata-mata, mengikut selera nafsu pihak tertentu? Selain mencemar etika kewartawanan sedunia, penulis yakin ABC mungkin 'diupah' untuk filem cereka tersebut.

Lebih memalukan, cereka rekaan itu yang dipetik Malaysiakini sebagai bahan berita untuk disajikan kepada rakyat Malaysia? Itu seolah-olah memetik fakta dari Shawshank Redemption untuk menuduh sistem perundangan Amerika Syarikat sebagai zalim, sistem kewangan yang lemah selain memiliki sistem kawalan penjara yang sangat buruk. Padahal itu filem rekaan saja!

Amat malang sekali rakyat Malaysia yang terpengaruh dan percaya pada ABC. Lebih malang lagi jika mereka percaya pada Malaysiakini yang jelas langsung tiada kredibiliti untuk memetik dari sumber yang sangat rapuh dan berteraskan cerita palsu.

Namun begitu, ia juga akan menilai akal dan otak rakyat Malaysia sama ada mereka tergolong dari golongan yang sememangnya lemah akal atau bijak dalam menghadapi permainan persepsi terancang seperti itu. Semoga Allah SWT lindungi otak-otak rakyat Malaysia dari dijangkiti 'virus' jijik dari ABC dan Malaysiakini...

Disediakan oleh : 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment