Monday, April 04, 2016

Parol Dr Khir Toyo Buat Ramai 'Macai' Gila Meroyan

EDITOR MENULIS...
4 APRIL 2016
http://img.astroawani.com/2015-09/71443451830_MohamadKhirToyo.jpg
Akhir-akhir ini, ramai juga pencacai-pencacai Pakatan Harapan yang marah-marah di media sosial kerana Jabatan Penjara 'membebaskan' bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dari hukuman penjara dan menjalani hukuman parol.

Dari sudut pandangan mereka, Jabatan Penjara seolah-olah memberi layanan 'istimewa' kepada Dr Khir dengan membebaskan beliau lebih awal dari penjara dan bebas bersama anak isteri, sanak saudara dan sahabat handai di rumah.

Lebih menyakitkan hati mereka, 'keistimewaan' itu tidak diberikan kepada 'dewata raya' yang mereka puja, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang sedang merengkok di Penjara Sungai Buloh. Persepsi dalam otak mereka itu mengatakan 'itu tidak adil'!

Saya ketawa melihat reaksi macai-macai pembangkang itu. Kononnya mereka berpendidikan tinggi, kononnya ramai yang mempunyai daya intelektual yang hebat-hebat, kononnya mereka miliki pengetahuan luas tentang sistem perundangan negara, tapi sebenarnya hanya 'tin kosong' saja...

Untuk pengetahuan macai-macai berkenaan, bagi kesalahan jenayah yang membabitkan kes jenayah seksual, mereka sebenarnya langsung tidak layak untuk diberikan hukuman parol. Bagi kes-kes jenayah yang melibatkan keganasan dan ancaman keselamatan awam juga tidak layak diberikan parol. Contohnya kes bunuh, rogol, liwat dan seumpamanya.

Apa yang saya belajar dulu di universiti, selalunya hanya kes-kes yang tidak mengancam keselamatan dan memberi bahaya kepada awam dalam bentuk ancaman fizikal layak diberikan hukuman parol tersebut. Walau bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada budi bicara dan keputusan dari Jabatan Penjara dan pihak berkuasa untuk meluluskan permohonan tersebut.

Bagi kes kesalahan yang dilakukan oleh Dr Khir, kes beliau langsung tidak melibatkan bahaya kepada umum. Kes beliau hanyalah melibatkan urusan jual beli rumah banglo terbengkalai di Shah Alam dan terbiar sejak beberapa lama tidak terusik. Urusan jual beli berkenaan tidak mengancam keselamatan sesiapa.

Sebaliknya bagi kes Anwar pula sebagai contoh, dia disahkan telah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Dia juga pernah disahkan melakukan aktiviti liwat dalam kes pertamanya dulu, namun kes tersebut terpaksa dibuang atas sebab sedikit percanggahan teknikal yang difahamkan berkenaan minit-minit masa kejadian.

Berdasarkan konsep keadilan dan pengajaran dari hukuman sistem perundangan negara, perbezaan yang ketara dapat dilihat pada kedua kes tersebut. Lagipun, tegarnya Anwar dalam aktiviti meliwat itu dikhuatiri berulang dan memungkinkan ada pula mangsa-mangsa baru yang akan menjadi sasaran, sekiranya dia tidak insaf dari jenayah songsang tersebut.

Tentang anaknya Nurul Izzah yang tidak percaya dan mengatakan kononnya bapanya 'tidak bersalah' dan menjadi mangsa 'tahanan politik', itu adalah reaksi normal dari ahli keluarga. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi pihak yang bersalah untuk mengaku tidak bersalah. Tidak ramai yang sanggup mengaku kentut dalam lif, bukan?

Lagi pula, jika dirujuk pada latar belakang, akhlak dan sikap Dr Khir yang terkenal sebagai seorang individu yang bermaruah, memegang teguh pada prinsip agama dan rajin membaca Al-Quran, sudah tentu hukuman parol di rumah yang beliau jalani bermula kelmarin tidak memberi mudarat kepada sesiapa.

Tapi entah bagaimana pemprosesan data dan maklumat pada otak macai-macai pembangkang itu, mereka bagaikan buta pada Jadual Keempat, Akta Penjara 1995 (Akta 537) yang tidak mewajarkan Anwar dibebaskan dari penjara dan menjalani hukuman parol.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa seramai hampir 12,000 orang telah menjalani hukuman parol sejak 2008 dan kali ini, hukuman parol itu bukan hanya melibatkan Dr Khir seorang saja, bahkan turut melibatkan seramai 543 banduan lain yang 'dibebaskan' dari penjara.

'Dibebaskan' dari penjara itu sebenarnya bukanlah benar-benar bebas seperti orang lain. Mereka perlu patuh pada beberapa perkara seperti melapor diri mengikut masa dan jadual yang ditetapkan, tidak boleh meninggalkan daerah parol tanpa kebenaran, tidak boleh ke luar negara dan banyak lagi peraturan yang perlu diikut.

Maksudnya, jika mereka gagal untuk mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan itu, maka hukuman parol tersebut boleh dibatalkan serta merta dan mereka akan menjalani hukuman penjara semula seperti sebelumnya. Untuk rekod, hukuman parol berkenaan memang terkenal dengan ketegasan dan prosedurnya yang ketat..

Jadi, tidak perlulah 'macai-macai' pembangkang menunjukkan kejahilan mereka di khalayak umum terutama di media sosial kerana ia akan membuktikan ketololan dan kebodohan diri mereka sendiri tentang undang-undang, perlembagaan dan otak mereka yang tidak rasional. Semoga diperbetulkan otak mereka....

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment