Sunday, April 03, 2016
Dakwaan GST Bakal Naik… Politik Busuk Terdesak DAP Sarawak
KUALA LUMPUR : Dakwaan Dap Sarawak bahawa kerajaan akan
menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada
sekurang-kurangnya 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang besar
dalam pilihan raya negeri itu dilihat bukan sahaja ‘melucukan’ malah
boleh disifatkan sebagai satu ‘politik busuk’ orang yang terdesak.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata usaha terdesak
mereka itu sememangnya sesuatu yang sudah dijangka kerana dalam
mana-mana pilihan raya sekali pun mereka tidak pernah lekang daripada
menimbulkan pelbagai dakwaan membabi buta bagi memancing sokongan
rakyat.
Dap SarawakMenurut beliau itu adalah permulaan dan selepas ini mungkin
akan ada abanyak lagi cerita-cerita karut yang akan dikeluarkan seperti
itu kerana hari ini sememangnya mereka ketandusan isu setempat untuk
dimanipulasi.
“Tidak pelik dengan kenyataan berkenaan kerana isu-isu setempat saya
percaya di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan barisan
kepimpinan kerajaan negeri telah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.
“Jadi apabila ketiadaaan isu-isu setempat maka isu nasional akan dijaja
dan dimomokkan kepada rakyat Sarawak. Namun apa pun kita penuh yakin
rakyat negeri berkenaan dapat melihat dengan lebih dekat siapa yang
benar-benar mampu membawa aspirasi mereka,” katanya kepada media,
di sini, hari ini.
Dap Sarawak mendakwa kerajaan akan menaikkan GST kepada
sekurang-kurangnya 10 peratus jika BN menang besar dalam pilihan raya
negeri itu.
Memetik laporan Ketua Dap Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa langkah
itu akan diambil susulan kejatuhan harga minyak dunia dan kehilangan
berterusan hasil kerajaan.
“Pilihan raya Sarawak akan menjadi ujian penerimaan rakyat terhadap GST;
ia akan jadi saatnya untuk rakyat Sarawak menentang GST melalui undi
mereka. Kejayaan BN akan dilihat sebagai restu kepada GST dan jika BN
menang besar, besar kemungkinan GST akan dinaikkan kepada
sekurang-kurangnya 10 peratus,” kata Chong.
Mengulas lebih lanjut Jamawi seterusnya menegaskan apa pun keputusan
pilihan raya negeri bukanlah akan menjadi penunjuk seperti mana dakwaan
berkenaan.
Ini kerana katanya sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,
sebarang perubahan atau sebarang pelaksanaan akan dibawa kepada kabinet
dan seterusnya dibincangkan di Dewan Rakyat.
“Logik akal…takkan nak senang-senang buat macam tu. Janganlah hentam
kromo dan pukul borong sahaja. Mereka sekadar timbulkan itu dan
timbulkan ini. Kena ingat sejarah pembohongan pembangkang menjelang
Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu berkenaan dakwaan 40,000 pengundi
bangladesh.
“Jadi dalam soal ini, janganlah mudah terpengaruh dengan dakwaan yang
tidak berasas itu. Inilah realitinya yang perlu difikirkan bersama untuk
kepentingan rakyat Sarawak,“ katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment