Monday, April 04, 2016

Demo GST : Azizah Makan Kenduri, Beruknya Penat Berdiri

20160402001729
Khabar dari akaun Facebooknya, terkini Azizah sedang menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Shah Alam.  Baik punya balun, makan hadap-hadap dengan pengantin, ayam masak merah, nasik minyak dan pulut kuning la tu.

Sedang dalam masa yang sama seribu dua beruk-beruknya (rakyat Malaysia ada 30 juta) sedang berpanas ketiak di kawasan sekitar Dataran Merdeka berdemo membantah perlaksanaan GST yang genap setahun perlaksanaannya semalam.  Semalam birthday, hari ni sambut, macam itulah lebih kurang.

Jumaat tu semalam, buat demo siapa nak datang?  Bukti ini bukan demo asli tapi demo yang sengaja direka untuk tunjuk konon rakyat terjejas benar dengan GST ni, sebab tu tunggu hari cuti baru nak berarak pun.

Tapi takkanlah sampai ketua meninggalkan anak-anak buah berdiang dibawa suhu sekitar 38 darjah celcius?  Tak patut macam itu tu.  Sekurang-kurang tunjuklah keprihatinan sebab ada dikalangan yang dibawak datang ini budak-budak sekolah.

Dah jadi tak tentu arah dah demo ni sebab ketua makan kenduri.  Tajuk demo bantah GST tapi ada pulak gambar Anwar dan bendera PKR – kata non political punya gerakan.

Kurang-kurang kalau Azizah ada situ, naik sikit semangat bodoh-bodoh ni semua, demo bawah panas, GSTnya tak mansuh juga.  Entah kenapa gemar buat kerja sia-sia pun tak tahulah.

Jika dibuat malam ni kerajaan umum mansuh GST, adalah juga hasil, ini besok dan seterusnya, GST berjalan jugak.

Mungkin Azizah takut nak turun, takut terserempak dengan Mahathir agaknya.  Bala besar kalau diambik gambar berdua.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment