Ini kerana siri pendedahan tersebut sekadar mengukuhkan kenyataan Mohd Najib sejak akaun peribadinya beliau didedahkan iaitu, “beliau tidak menggunakan wang dari akaun-akaun tersebut untuk kepentingan peribadi.”
Monday, April 04, 2016
Pengerusi CIMB Pecah Amanah?
1. Kenyataan Pengerusi CIMB, Nazir Razak,
mengakui pendedahan bahawa sebanyak RM 27 juta telah diterima daripada
Presiden UMNO, Mohd Najib Tun Razak untuk disalurkan dan diagih-agihkan
kepada pemimpin politik Barisan Nasional menjelang pilihan raya 2013
boleh dianggap satu kesalahan criminal breach of trust (CBT).
2. Mana-mana pegawai bank tidak sepatutnya mendedahkan apa-apa data
pihak pelanggannya tanpa kebenaran pelanggan atau waran mahkamah.
Justeru tindakan Nazir mengesahkan laporan akhbar bahawa CIMB menerima
RM 27 juta daripada Mohd Najib Razak harus dianggap sebagai satu
tindakan pecah amanah kecuali ia telah dibenarkan oleh Mohd Najib.
3. Bagaimanapun pendedahan Nazir bahawa kesemua dana tersebut telah
diagih-agihkan kepada semua ahli politik tanpa baki walau sesen pun
HANYA MEMBUKTIKAN kenyataan Mohd Najib sebelum ini, bahawa wang derma
politik yang diterima oleh beliau tidak digunakan untuk kepentingan
peribadi, sebaliknya telah disalurkan kepada pihak-pihak berkepentingan
dalam Barisan Nasional.
4. Walaupun pendedahan perincian akaun peribadi Mohd Najib oleh
beberapa pihak sejak seminggu ini diokestra oleh orang yang mahu
menjatuhkan Mohd Najib, namun ia jelas menjadi “boomerang” politik.
Ini kerana siri pendedahan tersebut sekadar mengukuhkan kenyataan Mohd Najib sejak akaun peribadinya beliau didedahkan iaitu, “beliau tidak menggunakan wang dari akaun-akaun tersebut untuk kepentingan peribadi.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment