
Monday, April 04, 2016
Mahathir Semakin Teruk Diserang 'Alzheimer'?
EDITOR MENULIS...
4 APRIL 2016
Saya terasa amat hiba melihat keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad di usia lanjutnya ini. Namun apakan daya, mungkin itu pilihan
beliau sendiri untuk sanggup menjilat kembali segala 'kahak hijau' yang
pernah 'diludah'nya dulu.
Masih lagi terbayang tulisan Mahathir tentang pendiriannya yang menolak
demonstrasi jalanan. Mahathir dalam tulisannya pada 29 April 2014
bertajuk 'Street Demonstrations', mengutuk keras demonstrasi jalanan dan
menggesa rakyat supaya menolak cara tersebut untuk menggulingkan
kerajaan.
Namun pada 2 April baru-baru ini, Mahathir yang sudah berusia lebih 90
tahun menggagahkan dirinya memanjat naik sebuah lori untuk berucap bagi
menjatuhkan kerajaan. Dia sertai demonstrasi jalanan haram dan diheret
sekali isterinya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, yang dikatakan lebih tua
darinya.
Memetik kenyataan Mahathir dari media tempatan, dia dilaporkan
berkata; "Tetapi sekarang ini 60 ribu pekerja MAS dibuang dan 1,000
pekerja Petronas dibuang. Mudah saja dibuang, saya pun kena buang juga".
Amat menghairankan saya, dari mana Mahathir dapat angka 60,000
pekerja MAS dibuang?
Sekiranya dirujuk dalam sejarah penubuhan MAS,
syarikat penerbangan Malaysia itu tidak pernah mempunyai bilangan
pekerja sebanyak 60,000 orang. Saya tidak pasti sama ada Mahathir
yang berbohong atau akhbar tersebut yang tersilap tulis.
Namun untuk pengetahuan umum, ketika MAS dalam proses penstrukturan
semula dari 'MAS lama' kepada 'MAS baru' dulu, jumlah keseluruhan
pekerja syarikat penerbangan itu hanyalah kira-kira 20,000 orang pekerja
sahaja. Pekerja MAS yang tidak diambil ditawarkan bekerja dengan 'MAS
baru' hanyalah sekitar 6,000 orang sahaja.
Sekiranya Mahathir mahu ungkit tentang MAS, saya lebih gemar jika
beliau sendiri menceritakan tentang skandalnya dengan Tajuddin Ramli.
Jika Mahathir benar-benar berani dan tidak diserang penyakit
'alzheimer', mungkin beliau boleh jelaskan perkara sebenar mengenai
skandal tersebut.
Ketika Mahathir berjawatan Perdana Menteri dulu, apakah beliau lupa
tentang mereka yang pernah dipecat, disingkir dan mereka-mereka yang
pernah muflis? Berapa ramai agaknya yang hilang kerja, muflis dan gagal
mencari peluang pekerjaan pada tahun 1997 hingga 1999? Ketika itu siapa
Perdana Menteri?
Kerana itulah saya amat bersimpati dengan Mahathir. Beliau
benar-benar bagaikan sedang menghidap penyakit 'alzheimer'. Mungkin
benar beliau seorang doktor, tapi mungkin juga beliau sendiri lupa
dirinya seorang 'doktor' untuk menyedari dirinya diserang penyakit
tersebut.
Untuk proses pemulihan Mahathir, saya mencadangkan kepada anak-anak
beliau yang diiktiraf sebagai antara yang terkaya di Malaysia itu supaya
menbawa bapa mereka menjalani terapi 'ibadat' di tanah suci Mekah.
Manalah tahu dengan berkat tanah kelahiran Rasulullah SAW itu, Mahathir
akan 'sembuh' dari penyakit tersebut. Saya sedih sangat jika
'negarawan ulung' yang dianggap bagaikan 'maksum' itu terus memalukan
diri meroyan keliling negara. Mana anak-anak hendak letak muka nanti?
Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment