Monday, April 04, 2016
Gila Betul Buat FITNAH..... 1MDB Nafi Salur Wang RM603 Juta Untuk Filem 'The Wolf of Wall Street'
Salah satu usaha untuk buat rakyat Malaysia menyinga terhadap Datuk Seri
Najib Tun Razak ialah dakwa wang 1MDB berjumlah AS$155 juta atau RM603
juta disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem
'The Wolf of Wall Street' pada 2013 yang dibintangi oleh pelakon
terkenal, Leonardo DiCaprio.
Apa yang cuba dikaitkan ialah anak tiri Perdana Menteri , Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite.
Akhbar Wall Street Journal pakai hentam petik sumber-sumber dakwa wang
1MDB disalurkan kepada Red Granite secara sulit guna syarikat luar
persisir pada tahun 2012.
IMDB menerusi datu kenyataan Ahad nafi ia pernah melabur ataupun
menyalurkan dana kepada Red Granite samada secara langsung atau tidak.
Katanya sebarang kenyataan kontra daripada kenyataan ini adalah palsu.
"Oleh itu kami menafikan sebarang andaian yang 1MDB telah membiayai
penerbitan The Wolf of Wall Street atau mempunyai sebarang pembabitan
dengan filem itu dalam sebarang kapasiti, sebagaimana dituduh atau
dikaitkan oleh sesetengah laporan media baru-baru ini," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment