Pemimpin veteran yang juga Penasihat DAP itu tidak dapat menahan berang apabila menuduh SPRM bersikap agresif dalam siasatan ke atas Guan Eng berbanding kes Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kit Siang mendakwa agensi itu segera bertindak apabila Barisan Nasional mengenakan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng, dan menghantar pegawainya secepat kilat untuk mencari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Beliau menyifatkan isu derma RM4.2 bilion Najib ialah 1,500 kali lebih besar daripada yang dikatakan skandal banglo RM2.8 juta yang dibeli anaknya manakala skandal RM55 bilion 1MDB adalah 20,000 kali lebih besar daripada skandal yang dikatakan itu.
“Adakah SPRM telah mengarahkan ratusan pegawainya untuk menyiasat skandal mega Najib, mencari sepantas kilat pejabat perdana menteri di Putrajaya dan mengangkut dokumen-dokumen?
“Jika tidak, kenapa?” soal Kit Siang dalam satu kenyataan, Ahad selepas beliau hanya berdiam diam apabila isu skandal Guan Eng dibangkitkan dua minggu lalu.
Ahli Parlimen Gelang Patah membangkitkan persoalan itu sambil menggesa SPRM membuktikan bahawa ia bukan merupakan bidak politik yang digunakan untuk mensasarkan pembangkang.
Berdasarkan kenyataan Kit Siang itu, jelas beliau juga tertekan dengan dakwaan yang dihadapi anaknya.
Ini kerana beliau dan Guan Eng sering melaung-laungkan penentangan rasuah dan membangkitkan soal integiriti serta ketelusan dalam pentadbiran.
Malangnya, apabila terkena batang hidung sendiri, bapa dan anak cuba mengaitkan siasatan SPRM sebagai permainan politik pula.
Sebenarnya, siapa yang kerap mempolitikkan sesuatu isu, jika bukan DAP.
Dalam kes ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahaya hanya meminta kerajaan menyiasat kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang itu membeli banglo dengan harga lebih murah berbanding pasaran.
Shabuddin juga mahu tahu apakah pemilik banglo itu ada kaitan dengan syarikat yang membeli tanah di Taman Manggis, juga dengan harga lebih murah berbanding pasaran daripada kerajaan DAP Pulau Pinang.
Amat memalukan apabila Kit Siang tiba-tiba menyalahkan SPRM pula sedangkan beliau dan Guan Eng sudah menyatakan mahu pihak berkuasa itu menyegerakan siasatan.
Kini, apabila SPRM menjalakan tugas, mereka pula kepanasan dan membandingkan kes itu dengan kes Najib yang sudah disahkan Peguam Negara tiada sebarang jenayah dalam isu derma RM2.6 bilion.
Tidak perlu Kit Siang jadi ayam jantan kokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.
Sehingga kini pun difahamkan, Guan Eng belum pun ke pejabat SPRM memberi keterangan berhubung siasatan terhadapnya.
Persoalan mudah kepada dua anak beranak ini, kenapa perlu takut jika tidak ada sebarang kesalahan.
Biarlah SPRM siasat. Lagi cepat, lagi cepat selesai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment