Monday, April 04, 2016

Guan Eng Akan Bawa Phang Li Koon Jumpa Media Di KOMTAR??

#InfoPenang #BangloCM #SkandalTamanManggis

Dalam Akuan Bersumpah (SD) Phang Li Koon yang dimaklumkan kepada orang ramai dalam satu sidang media oleh Phee Boon Poh, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau telah menyatakan bahawa beliau tiada sebarang hubungan langsung atau berurus niaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Magnificent Emblem SB adalah syarikat di mana Phang Li Koon adalah seorang pemegang saham (30%) dan seorang Ahli Lembaga Pengarah bersama seorang lain.

Rakan kongsi Ms Phang dalam Magnificient Emblem SB adalah Tang Yong Chew, pemegang saham 70% dan juga Pengarah Syarikat.

Ms Phang juga adalah pemegang saham dan Pengarah Syarikat bersama dengan Tang Yong Chew dalam satu lagi syarikat bernama Magnificent Emblem Properties SB.

Magnificent Emblem Properties SB pernah memohon untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang satu projek perumahan daripada pihak berkuasa negeri Pulau Pinang.

Tang Yong Chew adalah juga pemegang saham utama (80%) dalam Kuala Lumpur International Dental Centre SB yang 'memenangi tender' untuk tanah Taman Manggis yang menjadi kontroversi pada masa ini. Seorang lagi pemegang saham dan Pengarah KLIDC adalah isteri Tang seorang warganegara Taiwan.

Penafian Ms Phang Li Koon dalam Akuan Bersumpah yang dikatakan telah dibuat beliau ternyata tidak benar. Beliau ada urusan perniagaan secara langsung dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan beliau terlibat secara tidak langsung dengan KLIDC melalui perkongsian 3 syarikat lain dengan Tang Yong Chew.

Satu lagi syarikat adalah Winbond Management and Consultant Sdn Bhd, yang terlibat dengan urusniaga pembekalan tenaga kerja warga asing. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment