Monday, April 04, 2016
Kenapa Guan Eng Tak Berani Lapor SPRM Isu Tanah PERDA?
Selepas pendedahan panas skandal penyelewengan di Taman Manggis oleh
kerajaan DAP P.Pinang dan juga salahguna kuasa oleh Lim Guan Eng didalam
pembelian Banglo di Jalan Pinhorn, Lim Guan Eng dan DAP dilihat cuba
mengalih perhatian rakyat dengan isu baru.
Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu membawa para pengikutnya dikalangan
DAP negeri untuk 'menceroboh' tanah milik Perda di Nibong Tebal.
Perbuatan Guan Eng ini hanyalah semata-mata mahu seluruh rakyat
melupakan perbuatan jijiknya yang terdedah didalam skandal rasuah,
salahguna kuasa dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat untuk
mentadbir negeri dengan baik.
Banyak laporan Polis serta laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh pelbagai lapisan rakyat terhadap
pengkhianatan Guan Eng dan DAP negeri diatas penyelewengan harta negeri.
Tetapi sehingga kini Guan Eng langsung tidak menjawab isu yang
didedahkan dan cuba menipu rakyat dengan pelbagai alasan bodoh serta
dangkalnya. Terbukti Guan Eng menganggap rakyat kini bodoh dan mudah
diperolok-olokkan dengan alasan mudah.
Ketika pihak Polis serta SPRM telah mula menyiasat skandal berkaitan
dengan penyelewengan DAP ini, Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP mula
menyerang tanah PERDA yang dikatakan dijual lebih murah dari harga
pasaran.
Tuduhan Guan Eng tersebut sangat tidak munasabah berbanding skandal
banglo mewahnya di Jalan Pinhorn yang terbukti dibeli secara salahguna
kuasa.
Didalam isu Tanah PERDA yang Guan Eng dakwa dijual dengan harga RM
1.4juta sahaja berbanding harga sebenar iaitu RM16.6 juta, Guan Eng
sengaja menyembunyikan fakta tentang keuntungan jualan tanah PERDA telah
disalurkan kepada rakyat melalui harga jualan murah didalam julat RM 42
ribu seunit.
Guan Eng juga cuba menipu apabila mendakwa PERDA kerugian sebanyak RM
15.2juta apabila menjual tanah tersebut dengan harga RM1.4juta sahaja.
Fakta yang sebenarnya ialah, Tanah keseluruhan yang didakwa bernilai RM
16.6 juta itu berkeluasan 20 ekar, tetapi PERDA hanya menjual seluas 8.5
ekar sahaja dengan harga RM 1.4juta.
Disini nampak jelas perbuatan Guan Eng yang sengaja mahu mengalihkan isu
pembelian banglo mewahnya dengan penjualan Tanah PERDA yang langsung
tiada masalah.
Dan jika benarlah PERDA telah melakukan penyelewengan dan juga salahguna
kuasa, kenapa sehingga hari ini Guan Eng dan DAP negeri tidak membuat
laporan Polis dan laporan pada SPRM?? Mengapa Guan Eng hanya berani
bercakap di dalam media sosial dan takut untuk membuat laporan?
Ini membuktikan bahawa Guan Eng hanya main wayang sahaja didalam isu ini
untuk mengelak dari menjawab pendedahan skandal yang terbesar didalam
kerajaan negeri Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment