Monday, April 04, 2016

Azrul Kanda Paling Layak jadi Pengerusi Proton?

Susulan dari perletakan jawatan Tun Mahathir dari Perusahaan Automobil negara Proton, telah mula timbul banyak khabar-khabar angin mengenai siapa yang layak menggantikan beliau di kerusi panas berkenaan.

Antara nama yang disebut-sebut paling layak ialah Pengarah Eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu Azrul Kanda.

Berpengetahuan luas didalam bidang modal pasaran dan juga perbankan Islam, Azrul Kanda dikatakan paling layak untuk jawatan tersebut bagi memulihkan semula imej serta reputasi Proton di mata rakyat Malaysia.

Kejayaan Azrul Kanda didalam menangani fitnah dan serangan pembangkang terhadap 1MDB juga boleh dijadikan sebagai 'resume' bagi membangunkan semula Proton yang kini amat lemah akibat dari pelbagai persepsi buruk.

Walaupun Tun Mahathir sebelum ini dikatakan individu paling sesuai untuk memulihkan Proton, nyata beliau gagal didalam tugasnya. Mungkin sebab itu Mahathir terpaksa melepaskan jawatan terbabit walaupun dikatakan Proton merupakan 'anak emas' beliau semasa era pemerintahannya.

Ramai penganalisis ekonomi berpendapat, Proton gagal bersaing didalam pasaran kerana terlampau bergantung dengan konsep ' rebrand' dari jenama kereta lain. Istilah mudahnya ialah Proton kerap meniru produk kereta lain untuk kerja mudah.

Berbanding dengan jenama kereta yang seusia dengannya, Proton langsung tak mampu bersaing khususnya didalam penghasilan model kereta 'segmen B' yang amat kompetitif. Proton boleh dikatakan hanya 'syok sendiri' apabila hanya tahu menciplak model kereta lain bagi menarik minat pembeli.

Jadi, mungkin Azrul Kanda mempunyai jawapan bagi kemelut yang menghantui Proton selama ini. Gejala ciplak dan juga bahan berkualiti rendah juga mungkin dapat diselesaikan oleh 'orang kuat' 1MDB ini sekaligus menaikkan semula kepercayaan Proton dikalangan pembeli.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment