Monday, April 04, 2016
Tudung Fareedah Punca Himpunan #BantahGST Tak Dapat Sambutan?
Perhimpunan #BantahGST dan #UndurNajib tidak mendapat sambutan penduduk
kotaraya dikatakan berpunca dari jualan produk tudung jenama Fareeda.
Menurut beberapa komen didalam laman media sosial, pelancaran produk
tudung terbaru jenama berkenaan telah membuatkan lebih ramai orang
berasak-asak di butik berbanding di Dataran Merdeka.
Hari ini telah viral didalam beberapa page popular facebook berkenaan
video orang ramai yang berasak-asak untuk membeli tudung terbaru
berkenaan. Namun ramai pelayar media mengecam pemilik jenama tersebut
kerana dianggap tak mesra pelanggan.
"Ni la dia owner paling bang**g.. Dia bangga upload kebod#han dia.
Bussines2 gak tp benda macam nie pun x leh handle. X leh pk.. yg laki
sedap je dpt.." ujar Dania F Yaya di page John Nenen.
"Ramai yg masih xbole berfikir dgn waras.. kesian tenguk bangsa aku.. nk
tolong nanti dikatakan jaga tepi kain sendiri.. Yg si owner buat
gelagat acah2 terkejut siap joget konon sambutan memuaskan. Kejada*h
laa.." luah Zainal Abidin di page facebook yang sama..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment