Wednesday, April 06, 2016

Hidup Tertekan Tidak Berduit Kerana GST, Tapi Berebut Beli Tudung Fareeda!

EDITOR MENULIS...
6 APRIL 2016
http://mediaterjah.com/wp-content/uploads/2015/04/FAREEDA-FEATURED.jpg
Setahun sudah pihak kerajaan melaksanakan sistem percukaian baru, GST, yang digembar-gemburkan sebagai satu sistem yang zalim dan membebankan rakyat di negara ini. Segelintir yang terpengaruh dengan dakyah itu berdemonstrasi di ibu negara baru-baru ini.

Diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka bermaharajalela di jalan raya dan menyebabkan kesesakan jalan raya seperti selalu. Namun mereka tanpa rasa bersalah, bermuka tembok tetap meneruskan demonstrasi jalanan tersebut.

Mereka membantah GST. Kononnya sistem tersebut menekan rakyat. Kononnya sistem itu 'merompak' duit rakyat. Kononnya gara-gara GST, mereka terpaksa mengikat perut dan tidak mampu berbelanja membeli keperluan hidup.

Namun yang menghairankan saya, pada hari yang sama juga pemilik butik tudung terkenal, Mawar Fareeda mengadakan tawaran hebat produknya. Video viral yang memaparkan rakyat Malaysia berebut-rebut dan berhimpit-himpit tidak mengira lelaki dan perempuan di depan butik berkenaan menceritakan segalanya.

Rakaman yang mencetus kecaman ramai akibat percampuran jantina itu viral satu Malaysia. Mawar turut dikecam kerana gagal mengawal 'kegilaan' pelanggan yang menyerbu butik tudungnya itu. Antara pelanggan yang bersesak-sesak itu termasuklah mereka yang menyertai demonstrasi GST berkenaan.

Namun begitu, saya tertanya-tanya, banyak betul duit mereka. Katanya GST membuat kocek mereka 'kering'. Kononnya GST telah memiskinkan mereka. Kononnya GST telah menyebabkan ramai yang papa kedana. Tapi tindakan mereka di depan butik itu mendedahkan 'tembelang busuk mereka sendiri!

Jika sudah papa kedana, mampukah mereka berbelanja membeli tudung Fareeda yang bukan saja terkenal berkualiti, tapi juga mahal harganya dari tudung di pasar malam. Kononnya 'miskin' gara-gara GST, tapi berebut-rebut beli tudung mahal?

Saya yakin gedung butik milik Mawar itu turut mengenakan GST bagi setiap produk yang mereka jual. Tapi puak yang menentang GST itu seolah-olah tidak kisah pula dengan caj cukai 6% yang dikenakan bagi setiap tudung yang mereka beli? Nampak sangat perangai hipokrit mereka, bukan?

Pada pandangan saya, mereka yang membantah GST dan mengecam kerajaan atas perlaksanaan cukai tersebut hanyalah merupakan salah satu propaganda politik jijik murahan. Hakikatnya mereka hanya berlakon dan cuba memanipulasi minda rakyat.

Soalnya, apakah mereka tidak malu pada rakyat bila perangai mereka yang buruk itu menjadi bahan tontonan umum? Wardina Safiyah yang kini menetap di Australia pun terkejut dan mengecam perangai mereka? Netizen pun kutuk perangai mereka. Apakah mereka tidak malu?

Jika tidak malu pada umum, malulah pada diri sendiri. Jika tidak malu pada diri sendiri, malulah pada Allah SWT. Tapi jika memang benar tiada maruah diri dan sudah hilang rasa malu di hati, maka tahulah kita bahawa hati mereka mungkin sudah 'hitam dan gelap'.

Apakah rakyat masih lagi percaya pada lakonan mereka-mereka yang kantoi itu lagi selepas ini? Kita serahkan pada majoriti rakyat Malaysia. Saya yakin bahawa rakyat Malaysia tidak tolol dan 'buta' untuk menilai 'macai-macai jalanan' itu. Sungguh memalukan!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment