Wednesday, April 06, 2016
Sayang Sungguh Mahathir Dan Mukhriz Pada Guan Eng...
EDITOR MENULIS...
6 APRIL 2016
Memang kecoh diperkatakan rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di
Pulau Pinang. Skandal-skandal yang membabitkan Ketua Menteri, Lim Guan
Eng bagaikan tidak dapat ditahan, terbongkar satu persatu, melondehkan
apa yang selama ini cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Skandal banglo mewah Guan Eng yang dianggarkan bernilai lebih RM6 juta,
tapi dibeli Ketua Menteri itu dengan harga serendah RM2.8 juta sahaja.
Pelbagai alasan bodoh diberi untuk menutup mulut rakyat. Tapi rakyat
tidak bodoh seperti yang difikirkan Guan Eng.
Skandal tersebut berjangkit pula pada skandal Kuala Lumpur International
Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) yang dimiliki Tang Yong Chew, yang
merupakan sahabat baik bekas pemilik banglo mewah Guan Eng, Cik Phang Li
Koon.
Hairan juga seorang yang masih muda seperti Cik Phang mampu memiliki
banglo mewah. Lebih hairan lagi ia dijual dengan harga yang merugikan
'jutawan muda' itu. Ia menimbulkan tanda tanya yang mengaitkan
penglibatan KLIDC dengan skandal Taman Manggis.
Lebih teruja lagi, skandal Taman Manggis yang didedahkan Datuk Abdul
Rahman Dahlan menunjukkan skandal 'untung atas angin' ini bernilai RM59
juta!
Tapi, fokus saya kali ini adalah terarah pada bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dan 'bakal Perdana Menteri', Dato' Seri Mukhriz
Mahathir. Bukankah anak beranak ini sering dipuji 'macai-macai
propaganda' kerana 'kevokalan' mereka?
Mengapa Mahathir tidak menulis tentang skandal-skandal Guan Eng tersebut
di blog? Takut? Risau untuk menyerang 'little napolean'? Khuatir untuk
menyerang anak 'rakan kongsi deklarasi'? Sayang sungguh Mahathir pada
anak Lim Kit Siang!
Apa sudah jadi dengan 'perjuangan belum selesai' Mahathir? Atau 'Melayu
itu mudah lupa' pada mereka yang digelar sebagai rasis dan mengamalkan
politik perkauman melampau? Apakah Mahathir masih lagi belum pulih dari
penyakit 'alzheimer'?
Di mana pula anak kesayangan Mahathir? Kenapa Mukhriz tidak membuat
'road tour' mengecam dan menggesa Guan Eng supaya meletak jawatan?
Bukankah Mukhriz kini punya banyak masa terluang selepas tidak lagi
menjadi Menteri Besar Kedah?
Atau Mukhriz juga seperti bapanya yang timbul rasa sayang pada Guan Eng?
Sayangnya Mukhriz pada Guan Eng hingga tidak rela melihat Setiausaha
Agung DAP itu terlucut jawatan Ketua Menteri? Sayangnya Mukhriz pada
Guan Eng hingga tidak sanggup melihat anak Kit Siang itu 'senasib'
dengannya?
Kononnya mereka berdua itu berjiwa 'UMNO'. Dihebah di depan rakyat,
kononnya darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah 'darah pejuang
UMNO', 'darah bangsa Melayu'? 'Darah bangsa Melayu' jenis apa yang
sayang pada DAP yang menindas bangsa Melayu di Pulau Pinang?
Jika sayang sangat pada Guan Eng, saya harap Mahathir dan Mukhriz
pergilah berjumpa dengan Ketua Menteri DAP itu secepat mungkin.
Tenangkan hati anak Kit Siang itu. Bukan orang lain pun, anak 'sahabat
sejiwa' juga. Tenteramkan hatinya...
Pergilah Mahathir dan Mukhriz duduk sebaris dengan Guan Eng. Buat sidang
akhbar. Suruh Sarawak Report reka cerita dan edit dokumen Taman
Manggis, KLIDC dan sebagainya. Kemudian, suruh WSJ dan 53 media asing
petik dari laman web Claire Brown itu. Saya yakin, rakyat mungkin
akan termakan lagi dakyah Mahathir, Mukhriz dan Guan Eng...
Mungkin itulah jadinya bila 'bertuhankan politik'. Di saat 'kubur kata
mari, rumah kata pergi' pun, Mahathir masih lagi memanjat pentas
politik. Kononnya di depan rakyat katanya 'mahu selamatkan Malaysia',
padahal agenda sebenar 'mahu selamatkan laluan anaknya ke kerusi Perdana
Menteri'. Semua orang tahu...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment