Thursday, April 07, 2016

PDRM Haramkan Protes Jalanan Tuntut Pembebasan Rafizi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDjuRdcv4UnTqx1PcFsBmApESYt08pENyR60UU6DL3oXjILtrDmX-HjDfXsyE6coOF-vzI30hLoIBHASqiJ6ffjy9z8bVsEKCscuCj17pjpxaMUJDk2NYtt6va6FL7aiQ6tGvRlUYFAP4/s1600/khalid+(1).jpg
Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi jalanan membantah penahanan yang dilakukan terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Protes jalanan yang bermula dari Parlimen menuju ke Bukit Aman itu, menuntut supaya pihak polis membebaskan Rafizi yang dikatakan menjadi mangsa pencabulan kedaulatan parlimen.

Rafizi sebelum ini ditahan di luar kawasan Parlimen untuk disiasat atas kesalahan memfitnah dan menyebarkan berita palsu mengenai kerajaan, tindakan tersebut bertujuan bagi memporak-perandakan pentadbiran sedia ada.
http://malaysiadateline.com/images/mydateline/disember2015/20160405_Rafizi_Ramli.jpg
Pada jam 9 pagi tadi, seramai 50 penunjuk perasaan yang terdiri daripada wakil rakyat Pakatan mula berhimpun di hadapan Bukit Aman menuntut supaya Rafizi di bebaskan. Antara muka-muka tak faham Bahasa tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Mereka mula berarak dari Parlimen dan tiba di Bukit Aman kira-kira 30 minit kemudian. Mereka kemudiannya beredar setelah menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kami mendesak agar Rafizi dibebaskan. Ketua Polis Negara harus bertangungjawab dan perlu meletak jawatan," kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang bertindak sebagai ketua program menyerahkan memorandum kepada pegawai polis di pintu masuk Bukit Aman.

Sementara itu, Ketua Polis Negara melalui akaun twitternya berkata, bagi mana-mana pihak yang sekali lagi berani memulakan atau menyertai protes jalanan tersebut boleh ditahan mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA). Malah pihak PDRM tidak lagi akan memberi muka kepada mereka ini.

“APA juga melarang sebarang protes jalanan dan penganjur bersedialah untuk berhadapan tindakan tegas,” tulisnya di Twitter@KBAB51.

Penahanan Rafizi sebelum ini adalah berdasarkan undang-undang negara dan bukannya atas keperluan peribadi atau sebagainya. Keputusan terhadap salah laku Rafizi diserahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara dan mahkamah.

Rafizi ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment