Thursday, April 07, 2016
Petugas Klinik Di UTC Labuan Mahu Rehat, Enggan Rawat Pesakit Asma
KOTA KINABALU : Sepasang suami isteri berhadapan saat cemas apabila
klinik di UTC Labuan didakwa enggan merawat anak mereka yang berusia
setahun mengalami kesukaran bernafas akibat penyakit asma yang
dihidapinya.
Kejadian itu berlaku ketika suri rumah, Harnizum Sulaiman, 36 dari
Beaufort berada di Labuan untuk menghadiri majlis tahlil arwah abangnya
pada 4 April lalu.
Apabila mendapati anaknya diserang asma pada kira-kira pukul 4.30
petang, Harnizum dan suami terus bergegas ke klinik di UTC Labuan.
Mereka tiba di situ pada kira-kira pukul 4.45 petang, hanya 15 minit sebelum klinik itu ditutup.
"Petugas di klinik itu bukannya segera memberi rawatan kepada anak kami,
sebaliknya dua jururawat berkenaan meminta kami ke unit kecemasan
hospital berdekatan kerana ketika itu mereka akan menamatkan operasi dan
mahu berehat.
"Malahan, mereka secara berseloroh apakah kami sedia membayar untuk
mereka bekerja lebih masa jika masih mahu anak kami dirawat di situ,"
katanya sambil menambah ketika itu dia menangis sambil merayu supaya
mereka membantu anaknya.
Tindakan jururawat itu menyebabkan dia dan suami terpaksa ke Hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Susulan itu, anak Harnizum dimasukkan ke wad sehari.
"Mulanya kami mahu membuat laporan dengan hospital dan polis, tetapi
selepas memikirkannya kami memutuskan untuk tidak berbuat demikian bagi
mengelak isu itu diperbesarkan,"katanya.
Bagaimanapun, dia berharap pihak berkuasa kesihatan memberi perhatian terhadap apa yang berlaku bagi mengelak ia berulang.
"Nasib baik anak saya sudah pulih sekarang," katanya.
Kata Harnizum, sebagai kakitangan kesihatan, jururawat terlibat
sepatutnya bertanggungjawab dan lebih prihatin terhadap nyawa orang
ramai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment